
Sekejap je masa berlalu.
Baby girl ibu dah meningkat ke alam remaja.
Naurah bersama cousin yang juga anak buah kesayangan ibu Fatin Alia Irdina...
Ibu pernah bela alia semasa baby kerana masa tu mama dan papanya masih belajar.
Mereka membesar bersama. Sebab tu mereka amat rapat.....
Rindu saat ini.
Ibu pernah bela alia semasa baby kerana masa tu mama dan papanya masih belajar.
Mereka membesar bersama. Sebab tu mereka amat rapat.....
Rindu saat ini.
Masa Farah Naurah masih jadi baby girl ibu.
Seorang anak yang amat berdikari sedari kecil.
Hinggakan ibu tak sedar baby girl ibu sudah besar......
Gambar-gambar yang ibu kidnap daripada FB Farah Naurah.....
Tidak terasa penat lelah membesarkan Naurah.
Dia seorang anak yang amat berdikari.
Di usia 2 tahun dia telah bersedia membancuh susunya sendiri.
Ibu amat bertuah dikurniakan sebutir permata yang amat berharga ini.
Sedari tadika Naurah tidak pernah menghampakan ibu.
Setiap kali peperiksaan Naurah hadiahkan kami straight A hingga kini.
Dan yang paling ibu bahagia,Naurah seorang anak yang teguh dalam agama.
Solat tepat pada waktunya sejak kecil tanpa perlu diarah.
Puasa penuh diusia 5 tahun.
Khatam di usia 7 tahun.
Pandai bertaranum diusia 9 tahun.
Tidak pernah meninggi suara.
Tidak pernah berbangga diri.
Amat patuh pada arahan dan suruhan.
Jadi contoh kepada rakan-rakan.
Jadi murid kesayangan guru-guru.
'Jadi kesayangan orang-orang sekeliling....Alhamdulillah.
Ibu, Ayah dan keluarga doakan agar Naurah membesar menjadi anak yang
cemerlang dunia dan akhirat....
Walaupun Naurah dah berusia 13 tahun hari ini, Naurah tetap Baby girl di hati ibu......
Selamat Ulang Tahun Kakak....
p/s:
Untuk perhatian Kasih Salina, nanti emailkan alamat kat
email akak di norzakiahabdullah@yahoo.com
Rakan-rakan lain dah ada alamatnya. Tinggal KS je yang belum ada......
p/s:
Untuk perhatian Kasih Salina, nanti emailkan alamat kat
email akak di norzakiahabdullah@yahoo.com
Rakan-rakan lain dah ada alamatnya. Tinggal KS je yang belum ada......