Lama dah tak buat n3 tentang bujang terhangat ibu nie.
2013 Farouk dah melangkah ke Tahun 4.
Dah besar baby boy ibu.
Tapi dia tetap manja walaupun dia kata dia dah jadi lelaki mancho sebab dah bersunat..Walah!!!!
Hari ni hidup tanpa TV, tanpa lappy, tanpa tenet sebab area ibu blackout.
Sepi rasanya tanpa bunyi alatan eletrik yang dah jadi sebahagian dari hidup kita.
Farouk dah kepanasan.
Melepak kat pintu dapur.
Bila dah tak ada aktiviti main game kat lappy barulah dia rajin nak buat homework.
Sambil tu ibu gorengkan ayam KFC.
Tengok gambar tu.
Farouk dengan gigihnya makan kaki ayam.........
Sedangkan dalam pinggan ada seketul ayam tergolek tanpa terusik.
Katanya dah kenyang la...tak selera la....
Motifnya nak bagi ayam tu kat Gary....
Inilah si Gary yang amat hodoh dimata ibu tapi cantik di mata farouk.
Si Gary ni kucing betina.
Tak ada kerja lain selain dari bunting...beranak..bunting..beranak entah berapa kali setahun....
Nak buat macam mana, Farouk ni pencinta binatang.
Dah penat buat homework ( alasan orang yang "terlebih rajin" nie) katanya nak mengaji la pulak.
Siap warning kakak supaya jangan bising-bising sebab dia tak boleh nak beri tumpuan.
Bagus juga sesekali rumah tak de letrik.
Ada la aktiviti lain yang boleh dibuat oleh budak sorang nie......
Kalau tak kerjanya mengadap game manjang.......hish!!!!