Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

3 Januari 2013

Mereka Berbeza...

Hari ni ibu suruh Angah belajar masak.....
Yang lebih kelakar bila ibu menakutkan angah dengan kisah" Setia Hujung Nyawa"
yang ditayangkan setiap petang bermula pukul 7...
Kisah seorang isteri muda yang tak pandai masak.......hehehe...

Angah amat berbeza dengan Beby.
Angah lebih suka menolong ibu melakukan  kerja-kerja  sekolah 
sedangkan Beby lebih minat ke dapur dari menolong kerja-kerja sekolah ibu.

Angah tolong ibu photostat, susun dan binding buku2 log PPIM ni sebanyak 30 buah.
Sekejap je Angah buat semua nie....

 So sebelum pergi sekolah ibu dah pesan supaya hari ni angah masak resepi " Raja Berangkat".
Ala-ala kari..Resepi dari mama ibu....
Masakan yang simple.
Masa ibu sedang menikmati hidangan di kantin, ibu terima panggilan dari Angah.
Bertanya tentang resepi.
Entah berapa kali  ibu terima sms, terima call dan sms dari angah.
Aduyai kelakar betul....Kecoh...kecoh....

Di pintu rumah ibu dah terbau masakan angah.
Not bad.....baunya mengancam.
Terus ibu meluru ke dapur.
Menjengah ke dalam periuk.
mana la tau,kot-kot lain yang ibu suruh lain pula yang jadi.
Ibu merasa sedikit kuahnya.
Wah, pandailah angah masak....puji ibu spontan.
Angah tersenggih-senggih malu...
Alah ibu ni.......tak sesedap ibu masak la.......
Oklah tu..percubaan pertama yang berjaya.
Esok Angah masak lagi ye........

Berlainan dengan Beby yang amat minat memasak.
Sepanjang cuti ada saja desert dan cookies yang Beby masak.
Pelbagai resepi yang dia dipraktiknya di rumah.....
Ni ibu tepek cookies yang Beby masak di ambang tahun baru....
Pagi-pagi tahun baru terhidang 1 balang biskut di atas kabinet dapur......
Macam manalah si ibu tak mengembang......huhuhu...................

Back To School 2013.....5F...4F....3F..

Back To  School.....
Kenangan yang ibu abadikan di blog setiap awal tahun
sebelum anak melangkah keluar untuk hari pertama sesi persekolah.
5F
Farah Nabilah-Along
Farah Nadiah-Angah
Farah Najdah-Beby @Kak Nana
Farah Naurah
Muhammad Farouk

2011-5F bersedia ke sekolah...Along, Angah, Beby, Naurah dan Farouk..
 Saat indah sewaktu ibu menjadi makcik supir menghantar dan menjemput mereka dari sekolah.....
Betapa meriahnya saat ini.
Penuh 1 MPV ibu dengan gelagat anak-anak.....

2012-Tinggal 4F bersekolah.
2012, Along dah tamat SPM.....
Yang tinggal cuma Angah, Beby, Naurah dan Farouk......
 Tinggal berempat.
Saat ini Along dah bergelar "maid" di rumah.
Along banyak membantu ibu menguruskan kerja-kerja rumah dan memantau homework Farouk....
Alhamdulillah akhirnya Along menerima tawaran melanjutkan pelajaran.....
Klik sini....
Maka ibu kehilangan "maid" di rumah......
Miss Along so much.....

2013-Bilangan mereka dah jadi 3F.
2013 Angah dah tamat SPM
Along dah melangkah ke Matrikulasi.
Yang tinggal sekarang Beby, Naurah dan Farouk.....
 Tahun ini cuma tinggal Farouk seorang bersekolah rendah.
Dialah jadi peneman ibu OTW pergi/balik sekolah.....
Kalau dulu penuh 1 kereta dengan penumpang.....
Bermacam-macam cerita yang kami kongsi bersama.

Naurah dah melangkah ke tingkatan 1 dan Beby antara calon SPM 2013...
Good luck anak-anak ibu.
Moga terus cemerlang dalam pelajaran.....
Good luck juga untuk Angah.
Moga Angah juga mampu meraih result yang cemerlang dalam SPM.

Dan si ibu awal-awal pagi dah terpacak kat depan pintu pagar sekolah.
menyambut anak-anak didik dengan penuh kasih sayang (?)......Boleh caya ke.
Mestilah sayang, mereka la klien ibu,
kerana tanpa mereka siapalah ibu..........

p/s:
Betul lah bak kata ayah, biarlah anak-anak berada di sisi kita semasa mereka masih bersekolah kerana suatu hari nanti mereka akan meninggalkan kita satu persatu..
Alasan yang sering ayah gunakan setiap kali anak-anak kami menerima tawaran ke SBP dan Sekolah Terpilih.......

2 Januari 2013

Melaka Lagi...

Back To School.
Sudah semestinya ibu sibuk + kalut sangat-sangat hari ini.
So n3 hari ni ibu buat auto publish je..........

Cerita hari Ahad.....
Setiap hujung bulan, inilah rutin kami.
Jumaat dan Ahad perlu ke Melaka untuk menjemput/hantar Along ke Matrik.
Anak manja ayah macam tulah.
Perlu dijemput dan dihantar di atas kehendak ayah....

Hari Ahad ayah perlu hadiri meeting Cuepecs dan
 ibu terpaksa mengambil alih menghantar Along dengan bantuan GPS.
Nasib baiklah Along volunteer nak drive OTW ke Melaka.....
Along dan Angah meriah berborak di depan dan si ibu lena beradu
di sit belakang.......zzzzzzzzzzzzzzzz...
Rasa macam puan besar pulak...Memang dah besar pun..................

Masa sampai Melaka ibu masih lena beradu.....Aduyai...

Along dan Angah dah pakat-pakat nak singgah pot yang mereka suka.
Dataran Pahlawan @ Mahkota Parade.
See....mereka dah mewarisi perangai ibu yang giler bershopping......huhuhu......

Si ibu yang suka snap pic tapi malu-malu kucing cuma sempat curi2 snap pic di pintu masuk 
Mahkota Parade. Tema Krismas...
Dan Along rupanya nak beli kasut kuliah dan beg untuk kesekian kalinya.
Nak marah tak sampai hati sebab begitulah perangai si ibu sejak
 anak dara sampai sekarang.
Along suka suki pilih kasut dan beg berjenama tanpa mengira harga..
Bila ibu tegur dengan slamber dia jawab : Ayah suruh beli dulu nanti claim la....
Alahai anak...anak.......
Kasut ibu pun ibu beli masa sale gila2 kat JB.
Kalau tak, memang tak merasa la ibu nak pakai kasut berjenama
ratusan ringgit semata-mata nak letak kat kaki......

Dan si ibu pun sama.
Tanpa sengaja lalu depan kedai kamera.
Singgah semata-mata nak cuci mata.
Pelayan kat kedai tu pulak bukan main ensom.
Suka ibu tengok muka adik ensom tu sampai tanpa sengaja ibu "terbeli" kamera tu.
Suka suki beli kamera sedangkan kat rumah dah ada DSLR, 2 bji kamera digital dan 1 biji kamera manual...
Alasan, belum pernah guna jenama NIKON....
Masa beli kamera ibu dapat perisian percuma untuk membuat photobook...
Sedang gigih study la nie.....
Dan ayah macam biasa......"Jangan kata apa2"....
Redha dengan perangai si isteri sebab ayah pun lebih kurang sama jugak..........

*Maaf ye kandaku Mamaijat sebab dinda ni seorang yang lemah imam bila bershopping...
hukhukhuk.......



About me