TERIMA KASIH..ibu ucapkan kepada rakan-rakan blog dan FB yang
memberi ucapan sempena hari lahir farouk dan
mendoakan yang terbaik untuk Farouk.
Ibu dah baca semua komen-komen yang ditinggalkan pada
Farouk.
Bukan main gembira dia.
Tersengeh2.....
Katanya : Baik semua aunty2 ni ye ibu.....semua sayang Farouk.
Pagi ni sekadar n3 tentang weekend kami......
Awal-awal pagi di hari ulang tahun farouk ayah ada meeting jawatankuasa Cuepecs.
Orang NGO macam tulah.
Bekerja di hari cuti......
Ayah sempat tinggalkan duit pada ibu untuk beli kek farouk dan apa yang patut.
Niat hati pagi-pagi nak berfoya-foya dengan anak-anak tapi semua ada program kat sekolah.
Tinggallah ibu berdua dengan Farouk.
Dan akhirnya Farouk buat kerja rutin hujung minggu.....cuci kereta ibu.
TInggallah ibu sendirian melayan lappy.
Dah dekat asar ayah tiba2 terpancul depan pintu.
Suruh bersiap dan lepas solat asar kami ke Muar..
Dalam kesibukan, ayah terpaksa membahagikan masa untuk kami.
Dalam kepenatan ayah masih mampu membawa anak2 outing.
Walaupun tak jauh tapi sekurang-kurangnya ayah masih dapat luangkan masa dengan
anak-anak terutamanya Farouk....
1 jam kami terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.
Ada kemalangan antara sebuah kereta kancil dan lori.
Memang ngeri.
Kalau tengok kedua-dua kenderaan tu, mungkin mangsa tak dapat diselamatkan......
Kami sekadar pusing-pusing Bandar Maharani.
Sebelum balik kami singgah Giant.
Kat pot nilah anak-anak ibu selalu singgah untuk beli takoyaki.....
Biasanya kami beli 5 set takoyaki X RM4.00.
Begitulah saban minggu....
Takoyaki dah jadi sebahagian menu kami setiap kali outing....
Dan mata si ibu sentiasa menjeling.
Kalau dah spesis kaki shopping.
Pantang keluar ada je yang nak berkenan di hati..
Agak-agak kali ni apa lagi yang ibu beli????????..huhuhu....
3F ni kalau outing suka mengekor ibu.
Farouk bersama dengan ayah.
Maklum la ayah akan menuju ke bahagian lauk pauk dan sayuran.
Ibu ke bahagian pakaian, handbag dan aksesori...hehehe..
Sementara tunggu takoyaki masak, mereka ni makan makanan sampingan lain.
Tapi yang pelik badan tak gemuk-gemuk jugak.
Ibu yang sibuk jaga makan pulak yang gemuzzzz.....huhuhu......
Farouk dan Naurah order Zinger DD.
Baru beberapa hari mereka makan.
Katanya boleh tahan juga la rasanya.......
Sampai rumah dah Maghrib.....