Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

2 September 2012

Pulangkan.....

Macam tajuk lagu la pulak kan.
Hari ni kami akan bergerak ke Melaka untuk hantar along pulang semula ke matrik.
Along balik sejak hari Jumaat lagi untuk beraya di sini.
Maklumlah semasa cuti raya hari tu along terus balik ke Kelantan dengan bas kolej.

 Posing sebelum pergi open house rumah kawan ayah.
Kat Johor sambutan hari raya masih meriah.
Rumah ibu tak putus-putus menerima tetamu siang dan malam.
Duit raya terpaksa ditambah stoknya walaupun sebelum raya ibu dah tukar sebanyak 1K+.

Itu belum lagi jemputan untuk open house, marhaban dan kenduri kawin.
Macam mana badan nak manitain kalau macam nie.
Sehari 2-3 buah rumah.
Niat  hati tak nak makan tetapi setiap rumah dihidangkan dengan menu berbeza, 
mana boleh tahankan......huhuhu....

Kekenyangan selepas selesai mengisi perut di 2 buah rumah rakan ayah.
Mengintai goodie yang mereka dapat.
Hanya mereka bertiga yang ikut kerana angah dan beby ada program
tersendiri dengan rakan-rakan.

Yang paling ibu terharu dan sedih bila tengok along makan.
Kesian sungguh tengokkan.
Macam orang tak pernah jumpa makanan berminggu-minggu.
Katanya makanan kat cafe kolej tak menepati selera dia.....
Masa balik rumah la dia nak makan puas-puas.
Alahai.......

Update status terkini nie...
Gambar ni disnap bbrapa jam tadi di depan bilik along kt kolej.
Baru beberapa jam berpisah, dada ibu dah sarat dengan rindu....hukhukhuk....

p/s:
Hari ni ada lagi jemputan di 2-3 buah rumah......
Selamat membina badan....huhuhu..

1 September 2012

Nostalgia Buah Ceri

Cuba lihat gambar di bawah nie....
Pernah lihat tak buah nie?????
Ibu panggil buah ceri.
Masa kecik2 dulu setiap hari ibu akan memanjat pokok ceri nie.
Abah tanam pokok ceri depan rumah.
Pernah satu ketika buah ceri tak sempat masak dikerjakan ibu.
Kesian sang burung yang kempunan untuk menikmati keenakan
buah ceri akibat sikap tamak si tuan tanah.....hehehe.

Masa hari raya pertama
ibu terpandang pokok ceri depan rumah mummy (mak saudara).
Cepat je tangan ibu mencapai lalu memetik buah-buah ceri yang masak merah.
Anak-anak kehairanan melihat si ibu macam orang lupa diri

Gambar masa beraya kat rumah mummy.
Ada 2-3 keping je gambar.

Nasib baik masa tu dah selesai beraya dengan family mummy.
Kalau tak jawabnya lekalah ibu dok memetik buah-buah ceri tu...

Angah : Buah apa tu ibu????
Naurah : Boleh makan ke ibu...(bila dia melihat ibu masukan sebiji demi sebiji ke dalam mulut)
Ayah macam biasa dengan muka poyonya melihat si isteri yang dah macam budak-budak.
Sabar menanti sang isteri selesai mengerjakan buah-buah ceri di pokok tu...

Terkadang tanpa kita sedar kenangan indah akan datang menerpa
bila melihat sesuatu benda yang amat sinonim dengan kita suatu waktu dahulu.
Indahkan kenangan lalu.........

Motif: Rindu kenangan sewaktu kanak-kanak.....

31 Ogos 2012

Sepupu dan Anak Saudara..

Semasa cuti Hari Raya ada 2 majlis besar dalam family ibu dan ayah.
Raya ke 3 sepupu sebelah ibu kawin di Rantau Panjang.
Kebetulan rumah mama dan abah ada open house pada hari yang sama.
Kaum kerabat yang datang beraya melebihi 200 orang.
2 belum lagi di kira raya pertama, ke 2 dan seterusnya.
BAYANGkan!!!!
Maklum la abah bergelar "tok guru" setelah bersara dari gomen.....

Nasib baik kami tempah je lauk pauk berupa 
nasi beriyani + gulai kambing + percik ayam dan makanan sampingan lain.
Setiap kali raya memang ibu dan adik beradik tak masak.
Sejak raya pertama lagi kami tempah satey untuk di jamu kepada tetamu....
Ibu dan adik sekadar rebus ketupat dan masak lodeh + sambal goreng + rendang ayam
DASAR PEM*L*S....HEHEHE.......
Tapi masak la juga tu kanzzzz......

Lebih kurang lepas Asar baru kami bergerak ke Rantau Panjang.
Jarak rumah ibu ke Rantau Panjang lebih kurang 20 km je tetapi kami terperangkap
dalam kesesakan lalu lintas yang teruk...huhuhu....

 Cousin ibu, pengantin perempuan.
Bakal bergelar seorang cikgu....
Suaminya tu adalah rakan ayah semasa di UKM dulu....

 Moga adik Siti dan suami bahagia hingga ke syurga.....
Gambar ni ibu kidnap daripada FB rakan adik Siti.
Raya ni mood nak tangkap gambar ke laut.

Raya ke 5 kami dah terpaksa balik ke Johor.
Anak-anak sedih kerana kali ni tak puas beraya di kampung.
Apa nak buatkan, sebab raya ke 6 anak saudara sebelah ayah pula kawin.
Perjalanan selama 12 jam amat memenatkan.
Sampai  Johor dah lewat petang.
Itu pun jalan belum jem lagi.
Semasa tiba rewang dah bermula di rumah SIL  yang terletak selang sebuah rumah je
dari rumah ibu.

 Raya ke 7 majlis bertandang rumah pengantin lelaki.
Posing jap.
Badan ibu dah mula mengembang akibat makan sampai lupa diri.....
Muka ibu yang tidak pandai senyum bila bergambar.
Sebab tu orang yang tak kenal ibu kata ibu sombong...huhuhu.....

Naurah dan Farouk sempat bergambar dengan cousinnya Kak Diana.

Penganting lama vs pengantin baru.
Ada sekeping je gambar kami semasa di majlis tu.
Gambar ni pun ibu kidnap daripada blog biras ibu, Mayana....
TQSM Yana....

 Kakak Naurah semasa acara tabur2 gula-gula dan duit syilling.
Aduh aiiii....sakit juga bila duit2 silling tu terkena pipi tembam ibu nie.....hahaha...

 Posing sebelum bertolak ke majlis bertandang....
Model sorang ni kuat melaram.....

 Dua orang ni la yang sering ikut ibu dan ayah ke majlis-majlis yang diadakan.
3F dah susah nak pujuk.....

 Sabar menanti rombongan yang sedang kecoh menyiapkan keperluan sebelum berangkat....

SELAMAT PENGANTIN BARU.
MOGA BAHAGIA HINGGA KE SYURGA.
INGATLAH SETIAP IKATAN PERKAHWINAN DIPENUHI
RANJAU DAN UJIAN.
ADA KALA BAHAGIA..ADA KALA DUKA.
YANG PASTI HANYA PADA ALLAH TEMPAT KITA 
MENGADU DAN MENGUCAP BERSYUKUR.

About me