Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

28 Ogos 2012

Pelapis Atok Ayah...InsyaAllah.

Sekali ibu tenung gambar ni, ibu akan tersenyum bahagia.
Sejak kecil mereka sering berkumpul setiap kali cuti sekolah dan hari raya.
Masing-masing tinggal berjauhan antara Johor-Kuala Lumpur-Kelantan.

Sejak kecil mereka amat arkab.
Jika budak-budak lain sebaya ini berkumpul pasti akan bergaduh tetapi
tidak bagi mereka.
Sentiasa berbaik dan main bersama umpama adik beradik.
Saling mengalah dan bertimbang rasa.
Bila keadaan aman sebegitu, maka tiadalah campur tangan daripada pihak ibu2 mereka.
Cuma yang pasti telinga kami bingit dengan suara riang riang mereka
bergelak ketawa.....Meriah sungguh!!!!!

Dalam kesibukan mereka melayan mainan yang bersepah diruang khusus bahagian belakang,
mereka tidak lupa solat.
Biasanya Farouklah yang bertindak menjadi imam muda dan sepupunya Danial akan menjadi bilal.

Dalam keriuhan si ibu sibuk bergosip,
 anak-anak kecil ini menunaikan kewajiban mereka.

Mereka lahir daripada darah keturunan atok ayah yang kebanyakannya
ahli dalam bidang agama.
Moyang ibu merupakan salah seorang alim ulamak dari 
Pattani yang menyebarkan Agama Islam di Pasir Mas 
dan namanya tercatat dalam buku Sejarah Islam.
 Atok ibu juga merupakan  seorang tok guru
yang bertugas sebagai guru mengaji dikalangan kerabat diraja/istana
Arab Saudi selama 20 tahun.
Abah merupakan generasi ke 3 bergelar tok guru.
Sehingga kini keluarga diraja sana tidak pernah lupa mengirimkan
buah tamar untuk keluarga kami setiap kali menjelang Ramadhan.

Semoga ada diantara mereka menjadi pelapis pada keturunan atok ayah dan
bergelar tok guru suatu hari nanti....InsyaAllah.

2 generasi keturunan abah yang terdiri daripada anak2, menantu2 dan cucu-cucu lelaki.
Seorang abang dan seorang adik tidak ada kerana mereka berdua
terpaksa bertugas di hari raya......

p/s:
Mood nak berblog ke laut...huhuhu....


27 Ogos 2012

Tragedi di petang raya

Kisah yang mendebarkan berlaku di petang raya.
Ibu pun tak ingat raya yang keberapa tetapi yang pastinya petang raya.
Sedang ibu sedap melayan mata setelah penat  beraya sakan tiba-tiba
ibu dikejutkan dengan bunyi tangisan Farouk dan Iman (anak buah ibu).

Dengan muka yang pucat dan ketakutan, Iman berlari menyorok di sebalik pintu.
Si Farouk sedang gigih mengelap keyboard
dengan kain buruk sambil airmatanya berjurai kesedihan + ketakutan..
MasyaAllah, berdegup kencang jantung ibu.
Ibu risaukan bahan-bahan tugasan ibu yang semuanya tersimpan di situ.
Bahan-bahan yang tiada galang gantinya.
Walaupun sebahagian dah ibu copy kat PC lain tetapi yang terkini masih di situ.
Lappy boleh di ganti baru tetapi bahan2 kerja ibu tak mungkin dapat ibu dapat balik.....

Tanpa membuang masa ibu tutup suis lappy.
Lappy ibu letak dalam keadaan terbalik.
Mencurah-curah air teh "O" keluar daripada keyboard.
Ibu cuma mampu berserah.
Berdoa agar lappy ibu selamat.

Syukur Alhamdulillah, setelah beberapa jam lappy ibu bernyawa kembali.
Hingga ke saat ini lappy ini masih bernyawa dengan normal.....

Inilah budak cubby si Iman Amsyar yang bertanggung jawab memandikan lappy ibu
tanpa sengaja.....huhuhu...

 2 orang nilah yang  berlari ketakutan bila lappy ibu hampir rosak akibat kecuaian mereka berdua...
Rasa nak gigit2 je budak-budak nie...........

Si cubby yang buat hati ibu cair tiba-tiba..........
Renungan mata redupnya buat hati sesiapa je cair.......

26 Ogos 2012

Sepetang di Pantai Batu Hitam, Pahang

Raya ke 5 kami sempat singgah ke Pantai Batu Hitam, Kuantan Pahang OTW balik ke Johor.
Kalau berjalan dengan Ayah, entah kemana-mana je dia bawa kami.
Mungkin dengan cara begini ayah nak hilangkan penatnya....
Anak-anak pun boleh hilangkan stress.....

Pantai Batu Hitam Beserah, Pahang.

4F yang pantang jumpa air....

2F yang dah jadi best friend sejak ketiadaan Along....

 Sempat main pasir di bawah panas terik matahari.....

3F berendam dalam air dengan gaun kembang...tak sesuaiiiiiii!!!!!

 Mencari kulit siput...

2F....Jangan lupa dah nak UPSR ye kakak Naurah dan SPM untuk Angah.
Bukan main beraya sakan mereka berdua nie.
Angkut buku bawa balik kampung penuh 1 beg 
tetapi akhirnya buku tersadai sepi di tepi dinding...huhuhu....

Tunggu pakcik aiskrim....

                                                  Main air sambil layan aiskrim....


p/s:
Esok dah kembali ke sekolah....

About me