Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

17 Ogos 2012

SELAMAT HARI RAYA

SELAMAT HARI RAYA 
Ibu dan Family ucapkan kepada semua
terutama rakan-rakan blogger yang tidak pernah jemu bertandan dan 
sentiasa mendoakan kebahagiaan dan keseahteraan kami sekeluarga.
Jika ada terkasar bahasa semasa meninggalkan komen, 
ada kata-kata yang menyentuh hati, 
ibu menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf.....

SELAMAT HARI RAYA.

p/s:
Tuan rumah akan bercuti 1 minggu untuk menghabiskan masa bersama keluarga tercinta.
Panjang umur kita berjumpa lagi ...InsyaAllah...

16 Ogos 2012

Check list Terakhir.

Terima kasih kepada semua yang sedekahkah Al-Fatihah
kepada arwah rakan ibu Cikgu Hamdan B Gendut.
Walaupun teramat sedih dengan kehilangannya namun
hidup perlu diteruskan.
Giliran kita akan tiba jua nanti......
Semoga Arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh.....ameen...

Sebelum menyambut hari raya ibu pastikan
membuat senarai semak persediaan raya.
Maklumlah kami berhari raya di kampung.
Ibu nak pastikan semuanya dah tersedia sebelum balik kampung..........

Baju  Raya
Alhamdulillah dah selesai setelah hampir 3 minggu siri pencarian dijalankan.
Punyalah cerewet 4F nie.
Makin besar makin terserlah sikap itu.
Yang paling ibu hot dengan 4F nie, tak nak kalah dengan ibu.
Ibukan peminat baju bling2, 4F pun nak baju bling..
Mana tidak tumpahnya kuah kalau tak ke nasi kan..kan..kan...huhuhu....
Fening......mak jemah.....

Kasut raya
Pun dah settle.
Bila seorang F nak kasut, sudah semestinya 4F tu nak juga.
Alahai sabar jelah.
Nasib baik ibu ni ahli produk santini/latina.
So dapatlah diskaun 20%.

Duit raya
Alhamdulillah, awal-awal ayah dah booking dengan kawan dia.
Jadinya tak perlulah kami bersesak ke bank....
Sekarang ni tinggal nak masuk dalam sampul jelah...

Kuih raya
Semuanya dah siap ditempah.
Semuanya dah ada depan mata.
Ibu tempah untuk 3 cawangan,
1 untuk rumah sendiri, 1 untuk rumah mama di Kelantan dan 1 untuk ibu mertuaku.....hehehe....

Sekarang ni sibuk edisi packing kain baju nak balik kg.
Ibu yang "over" mengalahkan anak-anak.......
Semoga segala perancangan ibu sekeluarga berjalan lancar.......

15 Ogos 2012

Kehilangan...AL-FATIHAH

Pagi semalam ibu dan warga sekolah dikejutkan dengan sebuah berita sedih.
Kami kehilangan seorang rakan secara tiba-tiba.
Ya Allah, sepi dan tersentap kami seketika bila menerima panggilan telefon.
Tanpa sedar airmata tak mampu ditahan.
Baru 5 minit yang lepas ibu bertanyakan tentang Allahyarham pada GPK 1.
Ibu ingatkan arwah pergi berkursus....

10 tahun ibu mengenali arwah Cikgu Hamdan B Gendut.
Arwah merupakan abang senior yang paling rapat dengan ibu.
Seorang yang amat baik.
Tidak pernah berburuk sangka pada orang lain.....
Tidak pernah menyakiti hati sesiapa walaupun hatinya sering disakiti dan dilukai oleh seseorang.
Bila ibu meluahkan rasa tidak puas hati dia banyak tersenyum dan memberi nasihat.....

2 minggu terakhir, arwah banyak menghabiskan masa bersama ibu.
Menemani ibu di PSS.
Cuma kebelakangan ini arwah agak pendiam.

Awal puasa arwah pernah jadi bahan ketawa bila pagi-pagi
dia berjumpa ibu:
"Z, malam tadi saya mimpikan awk....."
Ibu : Apasal tiba2 saya sesat kat dalam mimpi awk lak....hish!!!!!!
Berderai ketawa rakan-rakan dan seminggu kami jadi bahan ketawa.
Minggu lepas arwah beli jam baru:
"Z, nampak tak apa yang ada kat tangan saya....???? (Sambil mengangkat tangannya yang memakai jam baru....)
Jam ori ni tau Z...Kalau ketuk dengan tukul pun tak rosak...
Ibu : Ada saya kisah.....bak sini saya nak ketuk dengan tumit kasut.......

Ya Allah terlalu banyak kenangan indah ibu bersama arwah.
Ibulah selalu dicari bila arwah memerlukan bantuan terutama untuk mengunting alatan mengajar..
(Arwah seorang OKU, sebelah tangannya lumpuh sewaktu terlibat dalam kemalangan beberapa tahun lalu)
Sambil membebel ibu akan membantu arwah sebaik mungkin.
Arwah hanya tersenyum bila ibu membebel......

Siapa sangka secepat ini arwah pergi meningalkan kami.
Dia pergi di usia menjangkau 46 tahun.
Pergi di bulan mulia yang penuh keberkatan.
Semoga roh arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
Dan ibu tidak pasti mampukah ibu menatap "pot" yang sering arwah lepak di PSS....
Ya Allah, kuatkan hati ini menerima sebuah kehilangan ......semoga arwah tenang di sana.
AL-FATIHAH......

p/s:
Antara kenangan bersama arwah...Klik SINI

About me