Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

1 Ogos 2012

Salam Ramadhan:Giveaway by Jemari Suri

Dah lama ibu tak join sebarang GA.
Entah mengapa ibu pun tak pasti.
Kalau dulu pantang nampak ada GA kat blog kawan2, mesti ibu tergediz join....hehehe....
Kali ni tergerak hati nak join.
Manalah tau ada rezeki ibu.
Dapatlah melaram dengan brooch dan selendang yang cantik tu di hari raya....

Jom terjah ke........


  • mestilah FOLLOWERS blog Jemari Suri - DONE
  • mesti rakyat MALAYSIA dan kalau member yang duduk oversea mesti ada alamat di Malaysia-DONE
  • pemilihan akan dibuat secara CABUTAN oleh anak-anak JS
  • perlu membuat SATU ENTRY mengenai giveaway ini dan LINK kan entry yang dibuat-DONE
  • setiap link tersebut sila letak di KOTAK KOMEN JS untuk JS jejak balik kau orang-DONE
  • sila letak BANNER JS kat entry kau orang tu ye-DONE
  • kalau sudi jom la TAG kawan-kawan kita untuk join sekali -DONE
  • -Ibu tag semua rakan-rakan yang baca n3 nie ye..Jom sama-sama kita join.
  • Kalau ada rezeki bolehlah melaram dengan brooch dan selendang yang cantik dihari raya.....Linknya klik kt BANNER tu..

Selamat mencuba....

31 Julai 2012

Kenapa Ibu Sering Curiga....

Entah mengapa hati ibu sering curiga bila melihat Farouk di bulan puasa.
Terkadang timbul rasa bersalah.
Perasaan sebegini tidak pernah ada di hati ibu sewaktu 4F berpuasa diusia Farouk.
Ibu bukan apa, curiga melihat keadaan Farouk yang tidak menunjukkan tanda-tanda lapar atau haus.
Ah......terkadang ibu rasa bersalah kerana sering curiga pada farouk.............
huhuhu.....

 Balik sekolah, sempat belek dan baca Al-Quran sebelum ke SAgama sesi petang.

Farouk : Ibu, ustaz kata kalau tengok Al-Quran pun dah dapat pahala ek???
Ibu : Yelah, kalau farouk baca makin banyak dapat pahala, 
ibu dapat, ayah pun dapat, kakak2 pun dapat pahala....Nanti sejuk perut ibu....
Farouk : Best la kalau macam tu ,
perut ibu dah rasa sejuk ek sekarang sebab farouk dah baca al_quran.
Ibu:  yelah, sejuk sangat......(alahai, macam-macam budak sorang nie...)

 Balik Sekolah Agama sesi petang Farouk layan game pulak.
Sambil-sambil tu sempatlah Farouk temankan ibu di dapur.....
Terkadang rimas jugak ibu bila dia nak tolong ibu.
Banyak sangat pertanyanya......penat nak layan....

Sebelah malam selepas berbuka farouk suka duduk di kaki ibu.
Itulah kerjanya sebelum pergi surau berterawih.
Suka dibelek-belek, disapunya losyen, dikebek2, di gosok-gosok kaki ibu.......
Bila ibu tanya, farouk cari apa kat kaki ibu tu.
Farouk : Farouk cari syurga di tapak kaki ibu....
Ustaz kata syurga di bawah tapak kaki ibu........
Kuat juga pengaruh seorang ustaz ye......
Alahai farouk....
Terkadang dialah racun dan dialah madu buat ibu.......

Kad Raya + Penanda Buku...Siapa Cepat, Dia Dapat..

Ibu ada buat kad raya + penanda buku yang siap diliminate.....
Adalah dalam 50 keping kot.
So pada sesiapa yang nak cepat-cepat angkat tangan.....Oppss!!! cepat-cepat bagi alamat.
Kalau nak senang PM je kat FB ibu di "Nor Zakiah Abdullah"
InsyaAllah, setiap hari ibu buka FB.
Nak tinggalkan email pun boleh di norzakiahabdullah@yahoo.com
Siapa cepat dia dapat selagi stok masih ada ye..........

Ni ha benda alah yang ibu kecoh sangat tu.

Untuk nama tersenarai dibawah ni tak perlu berebut-rebut ye sebab untuk 
"Kawan Yg Peramah" ni memang ibu dah ketepikan awal2...
Nanti tinggalkan alamat juga ye.......
Terima kasih kerana sering berkunjung.....

About me