Pagi Sabtu yang hening ibu dah pecut ke sekolah.
Walaupun hari cuti, tugasan tetap berjalan.
Kalau nak dilayan mata dan badan memang enaknya bermalas-malasan di rumah.
Tiada siapa yang memaksa untuk ibu ke sekolah
dan jalankan kelas tambahan di hari Sabtu......
Tetapi bila ingatkan UPSR akan menjelma tak berapa minggu lagi hati gundah gulana.
Anak-anak murid tetap jadi keutamaan.
Itulah hati seorang cikgu, sedangkan anak-anak didik masih lagi berdondang sayang.
Alahai......
Itupun setelah mendapat persetujuan dari yang empunya diri.
Tanya pendapat anak-anak didik.
Bila mereka kata "OK", maka barulah cikgunya "On".
Maklumlah bulan puasakan......
Tuisyen pun dalam keadaan santai-santai tanpa tekanan.......
Dan ini projek bulan Julai ibu.
Projek upgred "Galeri Sejarah".
Di PSS dah ada 1 sudut kecil dan comel.
Tetapi barangan yang dikumpul makin bertambah.
Ibu perlu cari alternatif lain untuk menyimpan koleksi-koleksi itu.....
Koleksi2 Barangan di Galeri Sejarah.
Klik SINI.
Koleksi yang ibu terima daripada rakan guru/staf dan penduduk kampung....
Dalam menyelongkar khazanah lama, ibu temui 1 album lama ni.
Album yang berusia lebih 50 tahun.
Gambar-gambar di dalamnya masih terpelihara.
Cuma kulitnya dah lusuh.
Ibu sekadar tulis mengunakan marker.
Sayang untuk disampul.
Biar ianya dalam keadaan asal.....
Operasi sepah menyepah........
Dan akhirnya 1 bilik stor yang bersempadan "Galeri Sejarah" ibu selongkar.
Sayang rasanya bilik itu dibiarkan bersepah dengan barangan yang tak berguna.
Berdikit-dikit ibu kemas.
Habiskan sisa-sisa masa " free" di situ sendirian.
Terkadang di dalam hati terdetik suatu perasaan "SERAM".
Namun ibu gagahkan juga diri di situ ditemani dengan surah-surah dan zikir-zikir.....
InsyaAllah, jika sudah siap akan ibu tepek di sini projek terkini ibu....
p/s:
Sambil on9, dalam kepala dah berfikir nak masak apa la petang nie?????