Hari Sabtu kami outing ke Muar untuk mencari buku along.
Terlanjur tu Along minta belikan baju raya ready made untuknya.
Maklumlah, inilah kali pertama dan terakhir Along
berpuasa di rumah tahun nie kerana selepas ni Along dah tak ada cuti.
Weekend pun along ada kuliah....
Mungkin kami akan berjumpa di Kelantan kerana Along terus balik ke sana untuk menyambut raya.
2F, Naurah dan Angah...
Mereka serasi bersama kerana mereka di lahirkan di tempat yang sama, Mersing,
di sambut bidan yang sama.
Dan perangai mereka pun hampir sama, ulat buku....
Inilah pot Farouk kalau ke hypermarket.
Sedang memilih sesuatu........
Tengok tuuuuuuu dua beranak nie.
Inilah kerja mereka berdua.
Ayah lah orang kuat yang sering mempengaruhi Farouk untuk menambahkan koleksi di rumah
yang terkadang buat ibu pening kepala......
Ayah pun tahu, 5F ni sejak kecil kalau dibawa keluar tidak akan meminta sesuatu
kecuali bila dipelawa ayah......
Dan sekarang ibu suka sangat ke bahagian baju baby perempuan.
Geram je tengok baju-baju yang comel-comel....
Jangan salah sangka ye....hehehe....
Sekarang kan ibu ada "BB perempuan kecil", Wan Qaisara Balqis.
Nak buat macam mana, 4F dah besar...sekadar menumpang kasih pada anak saudara jelah....
Inilah wajah terkini Wan Qaisara Balqis yang suatu ketika dulu kritikal di NICU.
Syukur Alhamdulillah, berkat doa semua, BB Balqis sudah mampu membesar dengan sihat..
Kuasa Allah tiada siapa yang tahu.......
Kisah Wan Qaisara Balqis, klik
SINI.