Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

5 Julai 2012

Toys Museum @ Penang

Destinasi ke 2 selepas ke Bukit Bendera kami ke Toys Museum.
Budak-budak memang suka la tempat ni.
Maklumlah ada macam-macam watak toys kegemaran mereka.
Cikgu-cikgu sekadar lepak-lepak memerhati gelagat mereka.
Lagi pun keadaan kat dalam ni agak sempit dan kurang selesa.
Baunya pun kurang menyenangkan.
Toilet lak.......???????..hu.hu.hu......

Pintu masuk....

Toys yang dipamerkan...

Farouk dan Udin...BFF.....

Dari sekecil-kecil toys kepada yang paling besar....


 Ada sesuatu yang mula menarik minat farouk.

Mula mencangkung.....

 Dah tidak bergerak-gerak....
Begitu kusyuk dia di situ...
Apa la agaknya yang begitu menarik perhatian Farouk.....??????

 Apa lagi kalau bukan kereta-kereta tu.
Lama Farouk di situ.
Tak bergerak-gerak....
Usikan cikgu-cikgu dah tidak diendahkan lagi....

 "Farouk : Bestkan ibu kalau kereta-kereta tu semua farouk yang punya...."
Kalau Farouk kaya, Farouk nak beli semua kereta tu..
Ibu : Yelah Farouk, beli sekali muzium ni bawak balik.......

 Matanya terus fokus pada kereta...dan kereta....
Toys lain dah tak diendahkan....

Terus dikeluarkan waletnya tu.....
Farouk : kereta tu dijual tak ibu???????
Alahai farouk!!!!!

p/s:
Jap lagi nak p meeting....JOM!!!!!


4 Julai 2012

Borong Asam @ ChowRosta

Tidak sah kalau pergi Penang tak beli asam jeruk yang best....
Asam kat Penang memang yang terbaiklah.
 Di Chowrosta....

 Farouk kecoh nak cari kereta hot wheels kat sini..
Alahai mana ada farouk oooiiii.....
Jenuh kami ronda-ronda sekitar CR...

 Kalau pergi ke sini memang ibu dan ayah biasanya terjah kedai Nasir Jeruk nie......
Layanannya memang terbaik....

 ibu sedang memilih asam sampai tak hinggat....Ceduk sana, ceduk sini......

Dan akhirnya budak ni kepenatan melayan si ibu yang hampir lupa diri......

Akhirnya asam ini jadi mangsa anak-anak dan ayah jelah kerana ibu memang alah dengan asam jeruk.
Sedih tau bila setiap kali buka petiais mata akan tergoda melihat asam yang menimbun2 kat dalam tu...hu.hu.hu...
Kalah membeli, kalah memakan....

Rumah P.Ramlee, Penang.

Destinasi ke 2 rombongan kanak-kanak riang ria ke Rumah P.Ramlee.
Jalan di PP memang sentiasa jem teruk yang melambatkan perjalanan kami.
Apapun anak-anak itu tetap sabar dan penuh dengan gelak ketawa.....

Dari Bukit Bendera kami menuju ke sini.....
Pintu masuk ke Rumah P.Ramlee....

Naurah .......

Farouk di pintu pagar.....
Rumah P.Ramlee....
Ibu pun tak sempat naik kerana di dalam tu dipenuhi anak-anak murid....
Depa suka suki buat macam rumah atok nenek diaorang je......
Siap lepak-lepak dan sembang-sembang kat dalam dan beranda tu...alahai...
Cikgu terpaksa mengalah......hu.hu.hu....

Alahai masing-masing melaram dengan spek hitam...ala2 60an la tu konon....
Entah kat mana la budak-budak ni beli spek tu.
Habis duit dok beli macam-macam.....
At last cikgunya kena belanja depa air cendol yang nyummy...
Memang sedap air cendol yang dijual berhadapan pintu masuk tu...
p/s: Dinas, kalau p situ jangan lupa pekena ayeq batu cendol no....sedap!!!!.

Naurah bersama cikgu Khudhairi dan Cikgu Hamdan.

Naurah bersama kawan-kawan...

Farouk yang malu-malu.........

dan lagi.....

Entah stail apa la farouk posing tu.....
Ni dibahagian hadapan galeri.
Kat dalam tak boleh snap gambar.
Di dalam tu banyak barang-barang kenangan kepunyaan P.Ramlee....
Di sini ibu sempat belikan FM dan keychain sebagai kenangan.....

Makanan tengahari kami ditaja oleh kerajaan negeri.
Lauk-lauk kt Penang ni memang terbaik lah....
Amat kena dengan selera ibu yang amat mengemari makanan ala-ala mamak......

Destinasi seterusnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.........

About me