
Hari pertama persekolahan penggal ke 2 berlalu.
Kesibukkan dan rutin harian yang ibu tinggalkan hampir 2 minggu.
Keadaan kesihatan ibu masih belum pulih sepenuhnya.
Ibu menyusun langkah mendaki anak-anak tangga dengan penuh hati-hati.
Sesekali mendengar usikan rakan-rakan...
"Ayulah akak jalan hari ni...kalah top model.....ala-ala cat walk gitu."
Ibu tetap melontarkan senyuman.......
"Z, awak tak sihat ke???......"
Aduh, bertapa peritnya diri ini untuk melangkah...
Terima kasih semua di atas doa yang tidak putus-putus untuk ibu.....
Hari ke 2,
kesihatan ibu beransur pulih walaupun sakitnya masih bersisa.
Mungkin kesan ubat yang kuat menyebabkan kesakitan ibu berkurangan.
Sedikit ujian dari Allah yang sentiasa menyayangi hambaNya.
Sedangkan orang lain menanggung kesakitan yang lebih kritikal mampu melaluinya.
Inikan pula sedikit ujian yang tidak seberapa.....
.
Terima kasih ayah kerana tidak jemu-jemu berikhtiar.
Sanggup sama-sama bersengkang mata bila ibu mengadu kesakitan.
Dan hari ini ibu perlu hadir ke sebuah majlis.
Jemputan dari pihak PPD pada Guru besar dan GPM Pusat Sumber Cemerlang.
Ah..kenapa hari ini dan bukan hari-hari lain.....
Namun ibu terpaksa kuatkan diri untuk pergi.
Moga perjalanan ibu selamat.......