Hari Khamis minggu lepas ibu bergegas balik kampung
setelah menerima berita kematian "ma"(ibu saudara ibu).
Setelah 11 jam perjalanan akhirnya kami tiba jam 11.30 malam.
Esoknya ibu bergegas ziarah ke rumah "ma".
Sempat bersua sepupu2 ibu iaitu anak-anak arwah "ma" seramai 10 orang.
Mereka semua amat rapat dengan ibu.
Setelah itu ibu bergegas ke rumah arwah ayah angkat ibu
yang meninggal pada awal cuti.
Setelah itu ibu bergegas ke rumah arwah ayah angkat ibu
yang meninggal pada awal cuti.
Setiba di kampung tiba-tiba ibu diserang sakit misteri.
Tak perlu ibu huraikan disini.
1 minggu ibu agak menderita menanggung kesakitan itu.
Sedih juga kerana percutian yang kami rancangan berkubur begitu saja.
Ibu sekadar habiskan masa di sisi mama dan keluarga.
Hari-hari terakhir di Kelantan, ibu cuma sempat ke Rantau Panjang dan Kota Bharu.
Itu pun keadaan kesihatan ibu masih tidak mengizinkan.
Terkilan kerana tidak dapat memenuhi janji ibu pada mama........hu.hu.hu....
Hingga ke saat ini ibu masih menanggungnya kesakitan itu.......
Bahagia melihat si kecil Wan Qaisara Balqis telah sihat seperti bayi lain....
Syukur padaMu Ya Allah....
Terperanjat bila sepinggan nasi dicas dengan harga RM9.00...
Alahai.........
p/s:
Syukur sangat-sangat melihat perkembangan +ve mama.
Mama sudah mampu menapak dan mata mama makin jelas.
Terlalu bersyukur dengan kurniaan Ilahi.....
Terima kasih semua kerana sentiasa mendoakan kami sekeluarga....

gambar terkini mama....