Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

30 Mei 2012

Aktiviti Semalam.

Semalam ibu tidak ada xtra class.
Tetapi tetap ke sekolah juga untuk hantar Naurah jalani ujian 
Permata Pintar anjuran UKM.
Sepatutnya hari Isnin duduki ujian tu tetapi minta tangguh
kerana urusan daftar along.

Beberapa orang murid dipilih dari Tahun 1-6 jalani ujian berdasarkan prestasi cemerlang.
Tiap-tiap tahun ujian ni dibuat dan murid yang lepas ujian 1 akan
dipanggil ke ujian seterusnya......

 Sedang tekun menjawab soalah Permata Pintar anjuran UKM secara on9.
Sebenarnya ujian ni boleh juga dilakukan di rumah kerana guna sistem on9
tetapi ibu rasa lebih adil dan telus jika menjawabnya di sekolah.....

Peruntukan masa diberi selama 1 jam setengah.
Dalam 30 minit Naurah dah siap jalani ujian tu.
Terus bergerak ke Tangkak untuk servis kereta.

 Farouk yang tak ada kerja sibuk jalankan aktiviti snap gambar-gambar kereta yang sedang di servis....

 Setelah servis kereta siap, aktiviti cuci mata di Bandar Tangkak 
yang terkenal dengan syurga kain.
Nasib baik semalam hati ibu tidak begitu tertarik untuk membeli kain.
Sekadar cuci-cuci mata..
Selamat duit ibu.....
Kebetulan kat rumah ada 5 pasang kain baju yang sedang menanti untuk dijahit.
Mood menjahit melayang entah kemana.
Nampak gayanya projek jahitan ibu kena KIV dulu....
 Singgah ke pizza hut tetapi masih dalam proses mengemas.
Malas nak tunggu terus singgah ke MB yang berhampiran.
Layan 2F ni makan.
Ibu jugak yang kena habiskan.......
Macam mana ibu nak diet wahai anak2....

Jangan tak percaya, sepanjang di Tangkak..ibu hanya beli 1 kg buah rambutan je....he.he.he..
Baguskan kalau selalu macam tu.
Memang boleh simpan duit la.....ha.ha.ha....
Farouk : "Ibu tak nak beli kain ke......"
Farouk pun hairan tengok ibunya tu yang tak macam biasa......

29 Mei 2012

Selesai Sudah Urusan @ KMM.

Semalam selesai sudah sesi pendaftaran Along a.k.a Farah Nabilah ke 
Kolej Matrikulasi Melaka (KMM).
Along memilih menjadi pelajar matrik setelah menolak tawaran ke UiTM Shah Alam.

Perjalanan yang sepatutnya 1 jam 45 minit memakan masa 4 jam
akibat kesesakan jalanraya yang teruk.
Kesesakan sepanjang 4 km di kawasan berhampiran kolej.
2 jam kami terperangkap dalam kereta....

 Pintu masuk utama.

Pondok pak guard.....

 Dengan rasminya along bergelar pelajar matrik. 
Semua itu atas pilihan along.
Along menolak tawaran ke UiTM di Shah Alam dan memilih ke sini.
Katanya ingin mengikut jejak pakcik/makcik (adik beradik ibu)
 yang kebanyakan jadi student matrik sebelum menjejak kaki ke IPTA dalam dan luar negara.
Ibu dan ayah mengikut saja pilihan along.
Yang penting along tidak sia-siakan peluang yang ada......

Angahlah orang yang paling sedih kerana kehilangan
orang yang paling rapat dalam hidupnya.......
Dan farouklah orang yang paling gembira kerana "cikgu garang"
sudah tiada.........

Menuju ke bilik setelah 4 jam setengah melalui proses pendaftaran..
Bawa beg macam nak berpindah randah.
Bukan 1 beg tetapi 3 beg.
Nasib baik dapat bilik di ground floor...
Alahai anak perempuan ni lain sikit.
Kalau boleh habis khazanah kat dalam bilik dia nak angkut sekali......

Pendaftaran yang mengambil masa yang amat-amat panjang.
Seingat ibu, dari pengalaman mendaftar adik2 ibu ke IPTA,
inilah pengurusan yang paling lama.
Bayangkan dari pukul 2.00 ptg hingga 6.30 ptg baru selesai.
Ramai ibu bapa merunggut akibat sistem pengurusan yang tidak begitu cekap.

Pelajar-pelajar baru berkumpul selepas urusan pendaftaran selesai.
Ibu rasa mereka ni adalah pelajar yang mendaftar sesi pagi.
Along terlepas sesi ini kerana pendaftaran along pada sesi ke 3 (petang).
Masa ni kami baru bergerak menuju ke asrama.
Bayangkan nak ke asrama pun memakan masa hampir 2 jam akibat kesesakan
dan sistem pengurusan yang begitu tidak cekap......
Lebih kurang pukul 7.00 malam baru semuanya selesai dan kami terus bergerak
untuk pulang.....

Singgah solat di R&R Ayer Keroh.
Kat sini tidak disediakan bilik solat.
Mungkin kerana R&R ni terletak berhampiran dengan R&R Seremban.
Naurah sedang bersolat Maghrib di pondok yang disediakan khusus untuk bersolat.
Ala-ala pondok gazebo.
Sampai rumah lebih kurang pukul 10.00 malam.

p/s:
Good luck Along!!!!!
Semoga along terus cemerlang dan buktikan pilihan along
adalah yang terbaik.
Semoga along menjadi contoh yang terbaik untuk adik-adik.....
Dan pandai2lah menyesuaikan diri ditempat orang......
Ibu dan ayah serta keluarga sentiasa mendoakan yang terbaik buat along.


*Sekarang berada disekolah untuk menemani Naurah menjalani
ujian Permata Pintar anjuran UKM.......

28 Mei 2012

Taman Hutan Legenda@ Gunung Ledang + JJCM

Destinasi 1
Hari kedua cuti dipenuhi dengan aktiviti menternak lemak-lemak dibadan.
Destinasi pertama kami ke kenduri kahwin anak kenalan rapat ayah, 
Tn Pengarah Pendidikan Negeri Johor ,JPNJ.
Sesi memenuhi ruang perut yang masih kosong.

Hanya 2F yang selalu ikut ibu dan ayah ke jemputan kahwin.
Makanan semuanya sedap-sedap.
Ada nasi minyak, lauknya macam-macam ada..
Ibu makan sedikit satey + nasi minyak + gear-box.
Sedikit ruang dalam perut perlu dikosongkan untuk ke destinasi JJCM yang seterusnya...
he.he.he...

Destinasi ke 2
Selesai menjamu selera ayah terpaksa bergegas untuk ke Taman Hutan Legenda
bagi merasmikan majlis penutupan perkhemahan unit beruniform SMKS.

 2 orang kanak-kanak rebina di pintu masuk.
Inilah kali pertama ibu jejaki kaki ke sini. 
Dah 10 tahun ibu menetap di kawasan berhampiran sini.
Dasyatkan!!!!!
Biasanya ibu masuk pintu ke 2 untuk ke Gunung Ledang.
Rupanya tempat ni pun cantik.
Disediakan tapak perkhemahan dan ada chalet untuk percutian keluarga.
Ayah cadangkan sekolah ibu buat kamping kat sini nanti......

 Sementara ayah hadir ke majlis perasmi tu, ibu dan 2F ronda-ronda kepersekitaran  kawasan ini.
Deretan pokok2 orkid digantung dengan menggunakan batang kayu....

 Di taman orkid

 Kolam ikan....2F leka melihat ikan-ikan besar berenang-renang....

 Puteri Gunung Ledang sedang bersantai-santai tepi kolam...he.he.he....

Hulubalang utusan Sultan Melaka datang untuk meminang puteri gunung ledang
tapi yang ada cuma ikan-ikan dalam kolam....confius jap........

di pintu masuk ke pejabat penerangan.

 sekitar kawasan Taman Hutan Ledang.

Destinasi ke 3
Selesai majlis di sini, kami bergegas untuk
ke destinasi seterusnya di sempadan Muar-Batu Pahat.
Perjalanan hampir 1 jam setengah memang sesuai
untuk kami mengisi balik perut yang dah mula lapar.
Kami hadiri jemputan di rumah cousin ayah.

Makan lagi..kat sini pun tema biru.....
Naurah dah jadi macam sesumpah....he.he.he....

ibu dapat cenderahati ni dan ayah dapat beg.
Kat dalam tu ada kerepek, bunga telur/telur masin + kerepek + telur pindang + air kotak
Ayah punya dah tak sempat nak snap sebab dikerjakan oleh si farouk tu..
Isi kat dalamnya sama jugak cuma bezanya bekas untuk lelaki lain.
Nasib baik dapat sorang 1.
Kalau tak maunya berebut 2F tu...alahai.....

OTW balik singgah ke beberapa tempat untuk cuci dompet.
Tak lupa singgah ke Pasar Besar Parit Jawa yang terkenal
dengan seafood yang murah + segar.
Sampai rumah dah dekat Maghrib.
Bising 3F di rumah interview ibu sebab seharian tak balik ke rumah.
Kebetulan hp ibu tertinggal kat rumah...alahai......

p/s:
Hari ni ada program seterusnya kt Matrikulasi Melaka................

About me