Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

26 Mei 2012

Semoga "AYahnda Jusoh" Tenang di sana....


Di awal pagi Jumaat yang hening (4.40 pagi ) ibu terima perkhabaran sedih.
Ayahnda "angkat" ibu telah pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya.
Terkedu dan tersentap seketika.
Beristifar sambil membaca Al-Fatihah.
Tak diduga arwah ayahnda Jusoh pergi meninggalkan kami secepat itu.

Sedih tak terkata kerana sudah lama ibu tidak mengziarahi ayahnda Jusoh.
Seorang ayahnda yang ibu anggap macam ayah sendiri.
Ayah kepada rakan baik ibu, Hasnah.
Keluarga arwah ayahnda amat rapat dengan keluarga ibu.
Kami saling kunjung mengunjung dan bertanya khabar.....

Masih terkenang di zaman persekolahan.
Bila berkesempatan dihujung minggu
ibu mengambil kesempatan mengunjungi ayahnda.
Semasa itu ibu dan Hasnah belajar di sebuah sekolah berasrama di Kota Bharu.
Sehinggalah ibu jalani latihan mengajar di Bandar Jertih ,Terengganu.
Dan setiap kali arwah ayahnda tahu ibu mahu berkunjung,
ayahnda akan sediakan makanan kegemaran ibu, ikan pekasam yang ayahnda proses sendiri.

Arwah ayahnda amat baik.
Seorang ayah yang amat-amat penyayang.
Terlalu mengambil berat.
Bila ibu datang kami akan bersembang hingga larut malam.
Macam-macam cerita yang kami kongsi bersama.
Indahnya saat itu.....
Tapi apakan daya, ajal ayahnda sudah tiba tanpa diduga.
Dengan redha kami relakan pemergian Ayahnda Jusoh.

Ya Allah, Kau tempatkan Ayahnda Jusoh dikalangan orang-orang beriman.
Kau limpahkan rahmatMu ke atas ayahnda Jusoh.
Semoga Ayahnda tenang brsemadi di sana.
Al-Fatihah......

24 Mei 2012

Menyepi Seketika!!!!

2 hari ibu menyepi.
Ada sapa-sapa rindukan ibu tak?????? (cit..perasan!!!!)
Rasanya sehari dua ni dah tak de mood nk berblog.
Mungkin ibu akan menyepi seketika.
Tengok keadaan.....

p/s:
Ramai rakan-rakan betul membuat tekaan.
Si A yang bercermin mata tu....he...

22 Mei 2012

Kau Mengujiku...

MasyaAllah, 
"Astaghfirullah hal azim" mengucap panjang dulu sebelum ibu mulakan n3 kali ini.
Semalam ibu betul-betul teruji dan diuji.
Tahap kesabaran ibu melayang entah ke mana.
Kalau nak dibandingkan dengan "tarzan" di hutan rasanya suara ibu lebih power.
Kalau ada gelas kristal rasanya boleh retak menanti belah.
Nasib baik bangunan sekolah tak retak.......

Entah kemana hilangnya sifat penyayang, simpati, kasihan...
Hati membara + mendidih + mengelegak + terbakar....
Bila melayan kerenah si A.
Sepanjang ibu bergelar guru, inilah rasanya kali pertama ibu
begitu hilang sabar dan naik hangin.
Sikap A bukan saja mencabar ibu tetapi guru-guru lain yang mengajarnya.
Kedegilannya menguji kami.
Buat la macam mana, 
jeritlah macam mana, 
marahlah macam mana,
ajarlah macam mana,
cakaplah macam mana..lembut, pujuk , kasar, marah...
langsung tak memberi apa-apa makna.
Seolah-olah bercakap dengan patung a.k.a kayu a.k.a batu.
Si A akan buat tak tahu...membatu dengan mulut melopong.....

Tapi yang menguji kami, 
si A ni pandai pula mengajuk percakapan cikgu-cikgu, 
mengejek-ngejek bila nampak cikgu-cikgu lalu diluar kelas,
menyumpah-seranah cikgu dalam senyap..
(pada anggapannya cikgu tak dengar apa yang diperkatakan itu)
memanggil cikgu sesuka hati dengan gelaran 'wak', 'orang tua tu',
" cikgu singa"......Aduh!!!!!.

Ya Allah, ibu sedar ...
A dipilih untuk menguji kami..
A dipilih untuk mengajar kami erti kesabaran...
A dipilih untuk memberi kami pahala berganda..(itu pun kalau punya tahap kesabaran yang tinggi)
A dipilih untuk kami muhasabah diri........
Semoga kami terus sabar melayan kerenahnya yang terkadang membuat
ibu hilang pertimbangan.........

Terkadang ibu tersentap dan terfikir.
A seorang budak mentah,
Anak kecil yang tak tahu apa...
A juga punya hati dan perasaan...
Seorang anak kecil yang lahir dari sebuah keluarga miskin dan bermasalah.
Kehadirannya tiada apa-apa keistimewaan.
Namun A mampu mengegarkan hati dan naluri kami....
Moga kami terus diberi kekuatan dan kesabaran dalam melayan kerenahnya...

"Astaghfirullah hal azim......"

antara barisan guru-guru....terselit ibu disitu..
antara barisan anak-anak murid...... terselit si A disitu.
Agak-agak yang mana si A tu..
Ce teka??????

About me