Mei adalah bulan yang amat indah dalam hidup ibu......
Bulan Mei dengan rasminya ibu bergelar ibu kerana Along lahir pada "Hari Ibu"
....dan bulan Mei ibu diraikan sebagai seorang guru.
Bukan ibu ingin mengikut budaya barat dan ibu tahu hukumnya meraikan hari ibu adalah haram.
gambar ni ibu kidnap dari FB..
Semoga kita sama2 ingat mengingati sesama kita.
Yang penting niat kita........
gambar ni ibu kidnap dari FB..
Semoga kita sama2 ingat mengingati sesama kita.
Yang penting niat kita........
Tetapi tanpa sengaja Along hadir dalam hidup ibu pada tarikh orang lain meraikan hari ibu.
Dan ibu dah terangkan pada anak-anak ibu ...setiap hari adalah HARI IBU...
Bukan hari-hari tertentu kita menyambutnya......
Jangan terpengaruh dengan budaya barat.
Terkadang ibu sendiri pun terkeliru dan terikut-ikut......
Alhamdulillah anak-anak faham.....
Sekadar menginggatkan diri sendiri juga anak-anak.......

Cuma saban tahun mereka ingin mengingati hari istimewa ibu sebagai salah
seorang "bekas guru" mereka juga merangkap ibu mereka.....
Kerana ibu pernah menjadi CIKGU kepada 5F.
Mereka juga ingin ibu ingati tarikh keramat 14.5.1994 sewaktu Along hadir dalam
hidup ibu dan ayah setelah menanti begitu lama.......

Semua itu berlaku secara kebetulan.......
Tanda ingatan dari anak-anak.
Mereka sering bagi ibu kejutan.
Kali ini ibu terima hadiah berupa hamper dari Along dan Angah.
Minyak wangi dari Naurah.
Jajan dan bedak kompak dari si bujang ibu Farouk.
(Jajan dah selamat ibu makan dan yang harunya Farouk yang "over" makan)
dan Beby maklumkan hadiah untuk ibu belum sampai.....
Yang pasti anak-anak tahu yang si ibu amat suka pada wangi-wangian......
Yang pasti anak-anak tahu yang si ibu amat suka pada wangi-wangian......
tidak lupa kad ucapan yang sweet sangat-sangat......
Anak-anak ibu:
Ibu tidak mengharapkan semua ini.
Ibu terlalu bahagia kerana dikurniakan permata yang amat sempurna seperti kalian.
Ibu teramat bersyukur kerana dikurniakan anak2 yang baik,
anak2 yang sempurna,
anak2 yang sihat,
anak2 yang cemerlang dan
anak2 yang mendengar kata.
Yang penting, ibu bahagia dan amat bersyukur.......
Terima kasih anak-anak ibu kerana dengan kehadiran kalian
ibu mampu bergelar ibu.
Ibu mampu berada ditahta yang tertinggi.
Ibu mampu mendapat pahala yang berganda dari Allah.
Ibu mampu rasai nikmat kebahagiaan menjadi seorang ibu......
Dan ingatlah pesan ibu.....
"Setiap hari adalah HARI IBU kerana setiap hari ibulah yang istimewa dihati kalian....."