Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

29 April 2012

Thanks JS....

Pagi Rabu minggu lepas ibu terpandang ada 1 sampul surut atas meja di bilik guru.
Tak sabar-sabar ibu koyakkan sampul surat tu.
Hati berbunga riang bila terpandang isu kandungan dalam sampul surat.
Cutekan......comel sangat-sangat......
Ibu dapat dompet kecil yang comel ni sebab suka mengomen kat blog JS.
Ibu pun tak sangka ada souvineer bagi pengomen terbanyak.....

Sekeping nota yang ibu terima dari JS.
TQSM dear.
Sayang JS ketat2.....Muah..muah..muah....
Semoga persahabatan kita berkekalan sampai bila2....Amin....

27 April 2012

Menurut Perintah....

Minggu lepas Ayah dah cakap:
"Hari Jumaat hingga Ahad ni tiada tuisyen, 
tiada kelas taekwando, 
tiada urusan luar...
Farouk dan Naurah tak perlu pergi sekolah Agama pada hari Jumaat....
(suka sukikan anak cikgu ponteng sekolah.....sila jangan tiru)
Beby dan Farouk tak perlu hadir ke kelas taekwando..
(ponteng lagi.......)
Angah dan Naurah tak pergi pergi tuisyen..
(dan lagi.....)
Ibu kena batalkan kelas tambahan....
Semua kena ikut ayah bercuti......."
"Akta paksaan" dari Ayah dan "Kami Menurut Perintah".
Kelakarkan bunyinya tapi itulah realiti.
Ayah dah kesian agaknya tengok ibu dan anak-anak asyik ditinggalkan.
Masing-masing sibuk dengan macam-macam aktiviti kat sekolah.
Ayah asyik sibuk dengan kerja dia.....

Oklah Ayah.
Ibu pun sebenarnya dah penat sangat...sangat dan sangat.
Otak ibu pun dah tepu dengan macam-macam kerja......
Ibu perlu rehatkan minda ibu.....Jom!!!!!!

26 April 2012

Resepi Kerabu Mangga + Ikan Kering

Cuba teka buah apa yang Farouk pegang tu.
Sekali pandang macam buah betik,
dua kali pandang dah sah buah mangga.
Besarkan!!!!
 Buah mangga tu pemberian anak murid ibu.
Dah sebesar kepala Farouk....
Terima kasih Hanif...Lain kali bawa lagi ye untuk cikgu...ngee...

Besarkan!!!!
Sebiji dah cukup untuk 1 keluarga......

Dengan gighnya ibu kerjakan buah mangga tu jadi kerabu mangga + ikan kering.

Resepi kerabu mangga:
Mangga disagat.
Goreng ikan kering dan tumbuk bersama cili padi 
(kalau nak pedas boleh letak lebih)
Mayang sebiji bawang besar.
Potong buah tomato kecik2 (kalau tak ada tak perlu letak)
Gaul semua bahan tu bersama dan masukkan sedikit gula.
Siap untuk dimakan
Jemput makan.....
Nyum..nyum...nyum....

About me