![](http://dl9.glitter-graphics.net/pub/989/989369nkhwxrd6yq.gif)
Minggu lepas Ayah dah cakap:
"Hari Jumaat hingga Ahad ni tiada tuisyen,
tiada kelas taekwando,
tiada urusan luar...
Farouk dan Naurah tak perlu pergi sekolah Agama pada hari Jumaat....
(suka sukikan anak cikgu ponteng sekolah.....sila jangan tiru)
Beby dan Farouk tak perlu hadir ke kelas taekwando..
(ponteng lagi.......)
Angah dan Naurah tak pergi pergi tuisyen..
(dan lagi.....)
Ibu kena batalkan kelas tambahan....
Semua kena ikut ayah bercuti......."
"Akta paksaan" dari Ayah dan "Kami Menurut Perintah".
Kelakarkan bunyinya tapi itulah realiti.
Ayah dah kesian agaknya tengok ibu dan anak-anak asyik ditinggalkan.
Masing-masing sibuk dengan macam-macam aktiviti kat sekolah.
Ayah asyik sibuk dengan kerja dia.....
Oklah Ayah.
Ibu pun sebenarnya dah penat sangat...sangat dan sangat.
Otak ibu pun dah tepu dengan macam-macam kerja......
Ibu perlu rehatkan minda ibu.....Jom!!!!!!