![](http://dl9.glitter-graphics.net/pub/989/989369nkhwxrd6yq.gif)
Syukur Alhamdulillah ibu mampu juga hadir dimajlis
Anugerah Kecemerlangan sekolah Beby pada hari Sabtu lalu..
Biarpun dalam keadaan yang tergesa-gesa.
Hari Sabtu ada latihan Olahraga sebelah paginya...
Ibu sempat menjengah padang dengan berbaju kurung + berselendang + kasut bertumit + handbag...
Bayangkan!!!!!!!.
Memang tak sesuai ke padang dalam keadaan begitu.
Rakan-rakan guru hairan melihat ibu tidak berpakaian sukan hari tu.....
Mereka tidak tahu ibu ada misi n visi untuk ke sekolah Beby....
he.he.he......
Ibu berkejar ke sekolah Beby......
Ibu hadir pun tanpa pengetahuan Beby.
Datang pun dah lewat 1 jam tetapi syukur masih berkesempatan
melihat Beby naik ke pentas untuk kali ni setelah 2 kali itu terlepas
2 majlis Anugerah Kecemerlangan Beby yang lepas......
.
Ibu baru tiba dan sempat posing dengan Angah di depan dewan sekolah mereka.......
Gambar ni jadi isu sebenarnya.
Beby jeles sebab Angah sempat posing dengan ibu sedangkan
Beby tak sedari kehadiran ibu ke sekolah...Walah!!!!!.
Hadir ke dewan lewat 1 jam.
VVIP dah tiba.
Majlis dah bermula...
Ibu mengambil tempat di bahagian belakang.
Motif: Senang nak blah cepat...ngee....
Saat yang ibu tunggu.
Menyaksikan Beby di atas pentas menerima Hadiah Kecemerlangan PMR 2011.
Tahniah Beby..Ibu bangga dengan anak-anak ibu.
Walaupun Beby penuh dengan vitamin M namun Beby masih cemerlang.....
Harap-harap vitamin M cepatlah pupus dalam badan Beby...hu.hu.hu....
Beby (kiri) bersama dengan sijil penghargaan, plak dan wang saguhati..
Tak perlulah ibu nyatakan berapa RM yang Beby dapat ye......
Rezeki Beby untuk kali ini.........
Sebaik aje Beby selesai terima hadiah ibu terus keluar dewan.
Majlis baru 1/3 berjalan ibu terpaksa kembali ke sekolah ibu.....
Ada 1 majlis lagi menanti ibu di sekolah....
Amboi-amboi sibuk sangat la tu konon.....he.......
Plak....
dan sijil penghargaan......
Sedari pagi ibu tak sempat bersarapan.
OTW nak balik ke sekolah ibu semula, ibu singgah MBrown...ngee.....
Nyampat je ibu...Lapar!!!!!
Ibu berkejar balik ke sekolah kerana ada Majlis Perjumpaan dengan ibu bapa Tahun 5.
Perbincangan dari hati ke hati antara guru dan ibu bapa.
Akan ibu ceritakan pada n3 akan datang!!!!!.
p/s:
petang ni meeting....xsmpt nk BW....hu.hu.hu.......