Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

16 Mac 2012

Sayur Keladi Mengamit Rindu..

Hari ini ibu ke sekolah macam biasa.
Kelas tambahan terakhir sempena cuti sekolah.
Balik dari sekolah singgah ke pasar lambak.
Terpandang batang keladi yang dah siap dipotong2.
Tiba-tiba rindu Abah...hu.hu.hu.....

Balik rumah terus masak sayur keladi.
Ibu masak lemak keladi versi Kelantan..
Kerinduan pada abah makin membuak2...
Ibu dan Abah peminat sayur keladi.
Kalau kami makan bersama memang tak hinggat.
Sanggup berlumba-lumba makan sambil ketawa tak sudah-sudah....
Terkadang mama jeles tengokkan 2 beranak nie.....

 Abah di usia 68 tahun.
Rindu abah sangat-sangat..
Sejak kecil ibu rapat dengan abah berbanding mama.
Sehingga darjah 3 Abah masih tidurkan ibu....ngee...
Kami banyak persamaan...kami berkongsi makanan kegemaran dan hobi.
Kami memang serasi bersama....
Anak abah katakan!!!!
Hingga sekarang, ibu tempat abah meluahkan perasaan......
Tengok keladi , ingat abah...entah apa2 ibu nie.......

 Seawal pagi ibu dah masak ikan 3 rasa untuk anak-anak.

 Semasa singgah pasar lambak macam biasa ibu beli 5 biji kebab untuk 5F.
Ibu lupa yang sekarang ni kat rumah cuma tinggal 4F....
Hu.hu.hu....rindu untuk kesekian kalinya pada Along pula......

p/s:
Mohon doa dari rakan-rakan.
Pagi tadi cousin ibu Suriah Che Hussin (K.Yah)
sedang tenat di ICU HRPZ Kota Bharu akibat terkena
air kencing tikus...
Dari kejauhan ibu doakan agar k.yah dilindungi Allah
dan semoga segera sembuh......kesian anak2nya yang masih kecil......
Mood=SEDIH!!!!!!!

Gambar Rosak.....kenapa ye????

Sejak kebelakangan ni kalau ibu nak masukkan gambar pasti
gambar-gambar tu akan jadi rosak.
Terkadang geram juga bila kena up-load gambar yang sama berulang kali.
Siapa tahu kenapa keadaan ini berlaku??????

15 Mac 2012

Chix-A-Lious di rumah je.

Petang tadi dah goreng home-made cheezy wedges....
Anak2 pula teringin nak makan fastfood.
Malasnya ibu nak keluar.
Kebetulan Angah nak ke Marry Brown, ibu kirim jelah.
 Ibu cuma kirim 2 set Chix-A-Lious dengan black pepper sauce.....
Cukuplah makan kami 4 beranak.....


Jemput makan aunty2.....

 Ibu share dengan Farouk.
Itu pun tak habis di makan Farouk nie....
Ibu terpaksa habiskan.
Itu pun masih berbaki.
Macam mana la nak kurus....hu.hu.hu.....

Masa nak bukan main, bila ada depan mata tiba-tiba Farouk kata kenyang.
Mau tak kenyang, dah berapa banyak cheezy wedges dia makan......

About me