Awal-awal cuti ibu cuba mengisi masa sebelah malam dengan jahitan manik.
Tak habis-habis dengan manik ibu nie.
Nak buat macam mana, dah jadi kegilaan ibu buat masa ini.
Lagi pun stok labuci dan manik banyak lagi......
Sila jangan muak ye.......ngee.
Setakat ini 2 sehelai baju ibu dah siap dijahit manik dan sehelai lagi tu baru siap sebelah tangan.
Konon-kononnya ibu target nak siapkan dalam 3 helai baju berjahit manik.....
Tengoklah keadaan.
Kalau mood ok sekejap je boleh siapkan tetapi
kalau kemalasan melanda jawabnya tersadailah projek ibu....
Projek Pertama Sempena cuti sekolah....
Projek ke 2 cuti sekolah.
Masih terbengkalai lagi.....hu.hu.hu...
Sebelah tangan je siap....
Bila nak siap nie....???????
Projek ke 3 dah siap dengan jayanya.
Semangat nak pakai minggu depan.......hi.hi.hi....
Inilah bajunya yang ibu jahit manik tu.
Kain batik Sarawak tu pemberian @ hadiah dari
Ummiross.
TQSM Ummi...Sayang Ummi ketat2.....
Dah lama juga ummiross bagi kain tu tetapi disebabkan si tuan punya
yang cerewet nak padankan kain itu dengan baju,
jadinya projek menjahit tertangguh.
3 hari lepas akhirnya jumpa juga padanan kain batik tu dengan baju.
Abaikan kain batik yang berkedut tu sebab baru basuh dan belum sempat gosok.....
ngee.......
p/s:
Jap lagi nak ke sekolah..Ada kelas tambahan sampai tengahari.....