Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

8 Mac 2012

Bila Mau Kurus??????

Pukul 11.30 malam tiba-tiba teringin nak makan jajan.
Sambil menyiapkan kerja-kerja memproses buku sedap juga kalau mengunyah.
Suruh Along  dan Naurah ke 7 Eleven.
Camne nak kurus kalau macam ni.

7 Mac 2012

Sejukkan Tekak dengan Cool-Blog..

Minggu yang teramat sibuk.
Sibuk sokmo ibu nie......

Jom sejukkan tekak dan otak dengan  menara cool-blog.
Kat rumah ibu, semua akan jadi menara.
Tak kira makanan ke minuman.
Maklumlah rakyat jelata ramai dan selera ibu dan anak sama
kecuali si ayah yang agak ke kampungan walaupun sentiasa terbang sana sini...

Sorry ye ayah, untuk ada tak de.
So ayah kena share dengan kami je..........
Untuk farouk, Along beli happy-blog je.
Nasiblah sebab dia yang paling kecil.
Tapi yang tak tahan 5F ni boleh dikatakan setiap hari mendambakan
cool-blog.
Haya, kalau macam ni, tokeh balak pun boleh muflis.
Nanti kita buka kedai cool-blog sendiri ye 5F...


Akibat Digoda.

Petang semalam outing dengan 4F.
Sekadar singgah kedai motor.
Datanglah tokey kedai yang ensom.
Dengan mulut manis penuh gula.
Goda-goda ibu dengan kata-kata penuh bunga-bunga cinta...
Oppsss!!!!!!! bunga2 bodek.
Dan si ibu yang pantang di goda terus tewas.
Tanpa sedar terus bersetuju ditambah dengan hasutan 3 F.

3F yang penuh dengan akta hasutan.
Bagai dipukau ibu terus bersetuju.
Duit bertukar tangan........dan esok menghabiskan baki...

Malamnya sebelum mata terlelap ibu maklumkan pada Ayah.
"Bang petang tadi Y pergi beli moto...."
Ayah membisu....blur agaknya..
Mungkin ayah ingat ibu bergurau .
atau mungkin ayah ingatkan ibu beli moto mainan...
atau mungkin ayah tersentap...
atau mungkin ayah dah terlelap....
Apa2 jelah......malas ibu nak layan....

Petang tadi motor yang dibooking telah tiba.
Itulah ibu, buat sesuatu mengikut gerak hati.
Tanpa ada perancangan.
Melayang impian ibu untuk tambah koleksi gelang emas yang jadi idaman.
Demi kerana anak-anak terchenta!!!!!!

 Dan si anak yang baru dapat lesen P tersenyum riang.
Impian tercapai sekelip mata.
Dan si ibu memandang penuh blur.
habis melayang segala impian.......

Pesanan untuk angah JNL =Jangan Naik Laju!!!!!!
Luahan hati ibu JNL=Jiwa Nan Lara...hu.hu.hu.........

p/s:
Lepas ni pergi sekolah sendiri ye angah n beby.
Bawa motor hati2..
Ibu sendiri tak pandai bawa motor......hu.hu.hu...
Kurang sikit la beban kerja ibu dan along........

About me