Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

2 Mac 2012

Terubat Kerinduan....

Balik sekolah hari ini ibu ajak Along ke Muar.
Dalam perjalanan balik singgah kat Pasar Malam.
Tiba-tiba terpandang nasi kerabu.
Mak aiii...terus ibu menuju ke gerai tersebut.

Terubat kerinduan pada kampung.
Nasi kerabu ni made in Kelate sebab peniaganya speaking Kelate.......hi.hi.hi.....
Memang lengkap dengan aksesori solok lada, ikan goreng celup tepung dan telur masin....
Sebungkus RM4. Memang berbaloi-baloi.
1 bungkus ibu tibai sesorang sampai licin.
Anak-anak tengok penuh kusyuk bila si ibu menyuap nasi tanpa menoleh ke kiri dan ke kanan..
Dasyat sungguh!!!!!!!!

 ibu beli juga kebab kegemaran anak-anak....

 3 potong kek...tapi kek tu tak sedap sangat..Rasanya biasa-biasa je.....
Nasib baik beli 3 potong je...itu pun tak habis dimakan.....

"Driver" ibu, Along...Sekarang dialah merangkap driver ibu..
Nak kemana-mana ibu dah tak perlu bersusah payah  lagi walaupun ayah tak ada.....

Ketagih Sushi...

Tak tahu la nak cakap apa dengan ibu dan  4 farah nie.
Kalau tak pekena sushi 2X sebulan memang tak sempurna hidup kami..
Kalau boleh hari-hari nak makan sushi..Hayaaaaa.....
Mau bangkrap tu....
Nasib baik 2 orang bujang senang dan bujang lapok kat rumah ni tak minat sushi.
Selamat!!!!!!!

 Ni Kakak Naurah punya....Makan sampai licin..
Nanti kalau dah besar, kakak Naurah kawin dengan mamat Jepun jelah ye.....he.he.he...

 Campuran Melayu + Pakistan + Siam + Jawa tetapi nak jadi orang Jepun.

Tak sempat sampai rumah dah budak nie....
Makan sesuka hati....

Tapau untuk 3 farah yang kat rumah......
Tinggal bekas sebagai sisa.......

1 Mac 2012

Bila Dah Terjebak!!!!

Bahaya betul kalau diri dah terjebak dan terpengaruh.
Tapi setakat ni takdelah ditahap yang membimbingkan.
Sekadar release tension.
Itupun sekejap je.
Ibu cepat rasa bosan.

Bila ibu main game ni selalunya ada pemantau a.k.a penyibuk, si Farouk.
Mulalah dia sibuk ajar ibu tekan sana sini....
Hish!!!!  memang nak kena cepuk je budak ni...

Sebenarnya Farouk yang banyak mempengaruhi ibu.
Pantang tengok ibu nak rebahkan belakang dan lepak-lepak, 
cepat-cepat dia hulurkan samsung tab ni kat ibu.....
Alahai Farouk...Farouk..Kenapalah goda ibu dengan "Angry Birds".....

Dalam kereta pun layan.
Sambil-sambil tunggu Ayah pergi beli lauk pauk, ibu layan Angry Birds....
Psssstttt!!!! jangan hairan ye, sejak kawin ayah yang selalu beli lauk pauk dan barangan dapur.
Ibu cuma tunggu dalam kereta...berlagak macam puan besar....he.he.he....

About me