![](http://dl9.glitter-graphics.net/pub/989/989369nkhwxrd6yq.gif)
Bahaya betul kalau diri dah terjebak dan terpengaruh.
Tapi setakat ni takdelah ditahap yang membimbingkan.
Sekadar release tension.
Itupun sekejap je.
Ibu cepat rasa bosan.
Bila ibu main game ni selalunya ada pemantau a.k.a penyibuk, si Farouk.
Mulalah dia sibuk ajar ibu tekan sana sini....
Hish!!!! memang nak kena cepuk je budak ni...
Sebenarnya Farouk yang banyak mempengaruhi ibu.
Pantang tengok ibu nak rebahkan belakang dan lepak-lepak,
cepat-cepat dia hulurkan samsung tab ni kat ibu.....
Alahai Farouk...Farouk..Kenapalah goda ibu dengan "Angry Birds".....
Dalam kereta pun layan.
Sambil-sambil tunggu Ayah pergi beli lauk pauk, ibu layan Angry Birds....
Psssstttt!!!! jangan hairan ye, sejak kawin ayah yang selalu beli lauk pauk dan barangan dapur.
Ibu cuma tunggu dalam kereta...berlagak macam puan besar....he.he.he....