Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

20 Februari 2012

Mural Dinding

Akhirnya projek conteng2 dinding ibu siap dalam masa 4 hari.
4 hari ke????
Sebenarnya bukan 4 hari.
Kalau diikutkan dalam beberapa jam kerana
ibu lakukan kerja-kerja ini semasa  ibu "free" dalam
erti kata lagi semasa ibu tidak ada kelas.

Projek yang ibu buat semasa stress + sedih + tertekan khas buat Qaisara.
Dan untuk pengetahuan semua, 
Qaisara terpaksa dimasukkan semula ke wad setelah 3 malam sahaja di rumah.
Dan semalam Qaisara telah discharge semula.....
Aduh, bertapa peritnya ibu rasa.
Ibu perlu kuat dan tabah.
Ibu tidak ingin lagi menitiskan airmata sedih ini....
Mampukah ibu????????.

Dan dengan rasminya ibu telah nekad untuk
menukar nama Baby Qaisara Balqis kepada Sara Auni.
Semua itu ibu lakukan di atas permintaan mama Qaisara.
Sara Auni bermaksud Puteri yang lemah lembut......
Semoga Sara Auni akan sihat seperti bayi2 lain.
Dan suatu hari nanti ibu akan bawa Sara Auni untuk melihat
coretan di dinding ini, InsyaAllah.....
Itulah harapan ibu.......

Hari pertama (Misteri Kehilangan ibu di BG).....
 Melukis secara terus tanpa lakaran di dinding....
Semua itu dilakukan dalam keadaan sedih........

Hari ke 2 (Misteri Kehilangan Ibu di BG)
 Ibu di sini lagi membawa hati yang sedih.
Menyendiri ditemani berus + cat air.....
Setiap lakaran adalah bersama harapan, doa-doa serta zikir-zikir ibu 
untuk melihat Sara Auni ceria di taman khayalan.....
Setiap yang terhasil lahir dari gerak hati ibu.

Hari Ke 3 dan Ke 4 (Misteri kehilangan ibu di BG)
Hari ke 3 tiba-tiba Guru Besar muncul di tangga.
GB: Patutlah dah 2-3 hari saya tak nampak awak di BG (Bilik Guru). 
Rupanya awak kat sini ye....
Ibu : Ye cikgu...Saja nak release tension......
GB : Tak sangka saya, awak berbakat melukis. Tahniah Z.
Nanti bolehlah kita buat projek besar-besaran dari dinding ke dinding....
Ibu : Terima kasih cikgu. Tak delah cikgu. Sekadar lukisan kartun yang tak seberapa....
InsyaAllah, saya akan cuba setakat termampu nanti......

Hari ke 4 projek conteng2 ibu siap.
Ibu ke sekolah hari Sabtu kerana ada kelas tambahan.
Selesai kelas ibu mengadap seketika untuk menyiapkan
kerja-kerja yang terakhir.


Disamping itu ibu masukkan literasi maklumat
sebagai tanda sokongan ibu pada program MBM/MBI (Panitia BM dan BI).
Juga hari ini ibu dapat permintaan dari Ustazah J-Qaf untuk
abadikan tulisan Jawi di dinding itu.
Sekurang-kurangnya tugasan ibu ini boleh memberi
manafaat kepada ramai orang disamping itu ibu berniat,
setiap mata yang memandang luahan hati ibu ini, 
ibu niatkan doa khas buat
buah hati ibu, Sara Auni .....
Semoga Sara Auni membesar sihat seperti kanak-kanak lain.
Ibu sayang kamu....SARA AUNI.....

p/s:
Petang ni meeting lagi..
Baru tiba rumah.
Maaf kalau ibu belum berkesempatan utk jengah rumah rakan2....

Gajet Baru Along

Dah bertahun-tahun Along mengidam hp baru.
Hp pertama adalah hadiah dari Ayah Mie (adik ibu)
 sempena result cemerlang Along dalam UPSR.
Hp kedua Along jenama Samsung hasil wang simpanannya .
Along dah beri hp tu pada ibu beberapa tahun lepas.
Dalam erti kata lain, Along lelong pada ibu....he.he.he......

Sejak itu ibu lihat Along tak kisah sangat pasal hp.
Pakai mana yang ada.
Sewaktu tahun mengambil exam PMR (2009) dan SPM (2011), 
dengan rela hati Along langsung tidak menggunakan hp.

Hari ini ibu nampak along begitu ceria.
Hp yang diordernya beberapa hari lalu telah sampai ke tangannya.
Lebih manis hp dibeli dari hasil titik peluhnya sendiri.
Duit hasil jualan aiskrim + penanda buku + upah binding buku PPIM + duit simpanan.

Bukan ibu nak menyusahkan anak-anak ibu.
Ibu nak didik agar anak-anak faham dan mengerti bertapa susahnya
untuk mendapatkan duit........

Gajet baru Along....

19 Februari 2012

Resepi Menara Kuih Ketayap

Menara???????
Kenapa "menara??????".
Saja tajuk nak buat gempak sikit.
Rumah ibu ni kalau masak apa-apa mesti akan jadi menara.
Maklumlah rakyat jelata ramai, jadi kalau masak mesti kena lebih.....

Petang semalam tiba-tiba ibu teringin nak makan kuih ketayap ni.
Kalau orang Kelantan panggil "kuih gulung".
Kebetulan dalam peti ais ada stok isi kelapa muda pemberian SIL sebelah rumah.
Dah beberapa hari terbiar sepi di situ......

Kebetulan gula merah tak ada pula dalam stok.
So sekarang ni ibu dah ada "kakak supir a.k.a Along".
Sekelip mata je suruh , dia terus pergi beli.
Alah, mini market pun sebenarnya dekat je dari rumah.
Orang tengah gian nak bawa kereta....
Kereta jugalah jadi mangsa Along......

Dengan gigihnya ibu masak inti kelapa tu.....
Along dengan gigihnya masak lempeng...
Naurah dengan gigih tukang gulung dan jadikan menara ketayap..........
Angah, Beby dan Farouk jadi tukang rasa.......

Taraaaa...menara ketayap ciptaan Naurah....he.he.he.....
Ni resepinya.....
  • Untuk Lempeng :
  • tepung gandum-sukatan ikut bilangan ahli keluarga la ye.....
  • 2 biji telur
  • 2 helai daun pandan-dikisar dengan air dan ditapis..kalau xde pun tak kisah........
  • 1 1/2 cawan santan @ susu segar @ susu tepung @ susu cair.....
  • 1 1/2 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar minyak masak
  • Beberapa titik pewarna hijau

  • Inti
  • 1/2 biji kelapa parut
  • 3/4 cawan gula merah -mengikut citarasa..kalau nak manis tambah lebih sikit....
  • 1 helai daun pandan

Cara-cara

  1. Inti : kelapa parut + gula merah +daun pandan. 
  2. Kacau sehingga sebati sehingga inti kelapa tadi bercampur dengan gula merah selama 10-15 minit. Inti bertukar warna keperangan. 
  3. Lempeng :tepung + secubit garam + santan . Kacau sehingga sebati . 
  4. Kemudian masukkan telur + minyak + perwarna, letaklah 2-4 titik ke dalam adunan anda.
  5. Panaskan pan, letakkan sedikit minyak dan sendukkan 1 senduk adunan. masak seperti kita memasak lempeng.
  6. Setelah angkat terus masukkan inti dan gulung.

About me