![](http://dl9.glitter-graphics.net/pub/989/989369nkhwxrd6yq.gif)
Malang sungguh hari ni.
Pergi BSN kena tunggu lebih 2 jam.
Tujuannya nak mohon kad Giro untuk Along, Angah dan Beby.
Akaun Giro dah lama ibu buka.
Sejak mereka di Tahun 1 lagi......
Dahlah menanti 2 jam lebih,
bila tiba giliran ibu terus ibu batalkan rancangan untuk memohon Giro
sebab banyak perkara yang nak kena isi......
Cuma masukkan duit 3 farah dan minta borang untuk disi di rumah.
Tak sanggup dah ibu menunggu lama dan ibu sebenarnya
kesihan pada pelanggan lain yang masih ramai.
Setelah urusan masukkan duit 3 Farah selesai,
terus kami pulang.
OTW , Angah kata duit yang disimpannya kurang RM100.
Aduyai, terpaksa berpatah balik ke bank.
Jumpa semula kerani kat kaunter.
Terpaksa menunggu lagi kerana kerani tu kena kira
semua jumlah wang yang ada dalam laci simpanan.
Adalah dalam RM10,000+ kot.
Dan ternyata duit tu ada terlebih RM100
setelah dibuat pengiraan berulang kali.....
Alhamdulillah...rezeki masih menyebelahi...
Bank Teller: "Maaf ye dik, akak tersilap kira tadi......"
Ibu : " xpelh kak.....terima kasih ye..nasib baik ada rezeki saya lagi."
Bank Teller : Maaf ye, akak memang tak perasan tadi......
Ibu kesihan tengok muka akak tu.
Dah cemas semacam.
Ibu tak salahkan dia.
Kita hanya manusia biasa yang tidak pernah lari dari melakukan kesilapan......