
Hari ni ibu bersekolah macam biasa.
Maklumlah hari tu bercuti sakan sempena CNY.
So hutang tetap kena bayar.
Hari ni ada latihan merentas desa a.k.a merentas kebun kelapa sawit..
Hari ni ibu sorang-sorang jaga check point.
Biasanya setiap check point, kami jaga berdua.
Kebosanan melanda.
Sendirian di tepi kebun kelapa sawit.
Sesekali disapa oleh penduduk kampung yang lalu lalang...
Dan sesekali disapa dengan "hon" lori yang mengeramkan ibu.
Saja je depa tu nak memeranjatkan ibu yang kesorangan nie...
Agaknya depa ingat ibu ni penunggu kebun kelapa sawit kot......
Bila dah bosan, ibu main kutip-kutip buah kelapa sawit yang gugur
dicelah daun-daun kering......
Inilah hasil kutipan ibu.
Orang yang dilanda kebosanan tanpa teman berbicara.....
Di kelilingi pokok kelapa sawit...
Dan ditemani hembusan angin yang agak kuat.
Rasa dingin dan nyaman......
Di sinilah ibu bersandar sendirian, ditemani monyet-monyet liar.......
Sesekali mata mengawasi.
Risau juga kerana bilangan monyet makin bertambah....
Manalah tau kot2 depa pakat-pakat nak kidnap ibu...hu.hu.hu...
Manalah tau kot2 depa pakat-pakat nak kidnap ibu...hu.hu.hu...
Snap dan terus snap.
Mau 2-3 jam ibu sendirian di sini.
Menanti anak-anak yang berlarian sejauh 4.8 km.........
Dan sempat membawa bekal "burger Malaysia" yang ibu beli di kantin...
Agaknya moyet-monyet itu terbau makanan ni.....
Baru nampak wajah yang ditunggu-tunggu...
Akhirnya Naurah (berbaju biru) dan rakan-rakan muncul juga....
Ni berlari ke menari zapin....????????
Ni berlari ke menari zapin....????????
Dan akhirnya muncullah "Lelaki Melayu Terakhir"idaman Malaya.
Gelaran cikgu pada Farouk.
Dapat gelaran tu sebab Farouk antara peserta yang terakhir tiba...
Kali ni bukan sebab berdating tetapi dia sempat bersantai
sambil main air parit yang mengalir macam anak sungai
di sepanjang kebun kelapa sawit...
Berjalan penuh longlai.
Katanya dah penat + haus.
Macam la dia seorang yang penat........