Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

10 Januari 2012

Bagai Langit Dengan Bumi

Perumpamaan itu merujuk sikap 2 orang kanak-kanak ribena kat rumah ibu.
Antara Kakak Naurah dan si adiknya Farouk.
Lahir dari ibu dan ayah yang sama
tetapi sikap amat jauh berbeza.....

Buku-buku latihan yang Naurah dapat semasa 
Kalau dah dapat buku, dah tak ingat nak makan minum.

 Si kakak sangat tekun belajar.
Sejak Tahun 1 tak pernah lagi dapat nombor melebihi 3.
Biasanya nombor 1 milik Naurah.
Kalau dapat nombor 2 pun Kakak dah sedih sangat-sangat.
Kalau dapat buku bukan main seronok.
Macam dapat gula-gula.
Akan dibuat penuh kusyuk.......

Dan si adik juga seorang yang tekun tetapi tekun bermain.
Kerjanya main..main dan main...
Sampai naik pening si ibu melihatkan sikap si adik.
Ada saja aktiviti main yang menyeronokkan dia.
HW kena ibu pantau.
Kalau tidak, beraya sakan la dia.
Cuma yang bagusnya Farouk tak
minat tonton TV yang jadi rutin anak-anak sebaya.
Entah bila la si Farouk ni nak berubah jadi tekun macam kakak.....

p/s:
Terima kasih diatas ucapan tahniah dan kata-kata
semangat dari rakan2 blogger.
Sebenarnya ibu seboleh-bolehnya cuba elakkan
di calonkan sebagai PSS cemerlang.
Dah 5 tahun berturut-turut tercalon.
Amat-amat memenatkan dan menuntut kerja lebih masa dari biasa.
Banyak kerja yang akan menanti....hu.hu.hu...
Apapun ibu tetap hadapi setiap cabaran itu dengan
dorongan family dan rakan2......

9 Januari 2012

Kisah Semalam dan Hari Ini...

Semalam sehari mengadapkan lappy.
Menyiapkan kerja-kerja sebelum pemantauan.
Menahan diri dari berFB.
Alhamdulillah ibu dapat siapkan kerja-kerja itu dalam keadaan yang penuh stress...

Pukul 6 petang ibu melupakan seketika kerja sekolah.
Mencapai beg plastik berisi kain yang ibu beli di
  Jakel Shah Alam semasa bercuti hari tu...
Dalam kepenatan ibu cuba cari sesuatu untuk memujuk hati 
dan menaikkan mood yang ceria ke sekolah esoknya..

Bermula 6 ptg dengan gigih menjahit baju ni.
Dan Alhamdulillah misi dan visi tercapai bila pukul 9 malam baju dah siap.
Sedia untuk di pakai....

Paginya berkejar ke PSS.
Susun fail-fail.
Kemas apa yang patut.

Berlari turun untuk Majlis Watikah Perlantikan.
Dan ibu juga merangkap juru-gambar.
Sedang syok tangkap gambar tiba-tiba bateri kamera kong... 
Nasib baik si adik Is bawa Samsung galaksi.
Sedang syok dok snap gambar ibu boleh tergelincir 
ke dalam longkang.
Bedebuk!!!!macam anak gajah bunyinya...
Aduiiiiii sakitnyaaaaa + malu.
Bayangkan depan tapak perhimpuan..
Depan rakan-rakan guru..
Nasib baik Samsung Galaksi si adikku Is tidak tercampak..
Kalau tercampak jawabnya ibu terpaksa 
korbankan seutas gelang emas untuk mengantikannya...........
habis terperanjat rakan-rakan guru dan anak-anak murid tengok si cikgunya
yang  comel ini jatuh....ha.ha.ha....

Dengan muka selamba tiba-tiba ibu jerit...
ADUH SAKITNYA KAKI AKU!!!!!
Sebenarnya nak cover line..wakaka......

Selepas watikah perlantikan maka datanglah si"buah hati" yang dinanti-nanti.....
Pegawai PTP PKG memantau PSS.
Ha ambik ko......bersusun fail-fail atas meja ibu letak.

Komen PTP:  Saya puas hati dengan kerja awak. So saya dengan confident bagi awak  Band 6.
Tahniah Cikgu!!!!!...Saya amat berpuas hati...
Bulan 2 saya akan datang lagi untuk percalonan PSS Cemerlang Tahun 2012.

Ibu :  (Tersentak!!!!)...En R, saya rasa tahun ni saya nak berehat dulu.
Dah tak larat asyik tercalon dah 5 tahun berturut-turut.
Tak larat saya nak kena interview bertubi-tubi tu.....

PTP:  Oooooooo....TIDAK!!!!..bersedia, saya akan datang lagi...
Ibu:  hu.hu.hu...........

Kesimpulan : Buat yang terbaik susah tak buat lagi susah.
Serba salah!!!!!
Hari yang malang buat ibu...........


P/S:
Hari yang malang juga utk ayah.
Ayah hilang hp....
Ayah ni pn satu, cuai sangat ..Every year hilang hp....
Bazir je beli hp mahai2.....Lain kali beli yang
3  = 10 hinggit je.....

Master Chef Naurah vs Master Chef Najdah.

Petang semalam tak ada aktiviti ke mana-mana.
Awal persekolahan sibuk yang teramat.
Masak pun cincai-cincai je....

Chef Najdah (15 thn 2 bulan) dan Chef Naurah ( 11 thn 10 bln)

Bila petang-petang perut mula rasa lapar. 
Ibu sekarang sibuk dengan kerja-kerja sekolah.
Bukan anak-anak je ada HW ye , cikgu-cikgu pun sama.
Nasib baik la semalam kat rumah ibu ada 2 orang 
Master Chef volunteer nak masak untuk minum petang.
Bestkan kalau setiap hari ada orang tolong masakkan......

Potato Wedgess Master Chef Naurah
Master Chef Naurah  masak potato wedgess....

Resepi:
6-7 biji kentang di kopek + dipotong + rebus + garam
Toskan.
Gaul dengan serbuk lada hitam.
Kemudian masukkan kentang ke dalam tepung gandum
(jangan bancuh air ye aunty...guna tepung kering).
Goreng dalam minyak panas......

Orang pertama rasa mestilah ibu Naurah.
Ibu kata sedap.
Seronok sangat Naurah rasa....

Potato Stew Master Chef Farah Najdah
Sediakan dulu bahan ye aunty2....

Proses memasak bermula....

Tara....dah siap. Bila dah siap orang yang pertama rasa resepi ini semestinya beby sendiri.
Sebabnya Beby risau nanti ibu komen macam-macam.
Bila rasanya dah ok, baru Beby bagi ibu makan.

Resepi Potato Stew :
5 Biji ubi kentang
Sebatang lobak merah
2 batang saderi
2 bawang besar
2 bawang putih
Halia
Dada ayam
Serbuk cili / cili paste
Garam
Lada hitam
Serbuk perasa

Cara :
1. Potong ubi kentang, lobak merah, saderi, dada ayam dan bawang besar dalam potongan dadu. Jangan terlalu kecil.
2. Cincang bwang putih dan halia.
3. Tumis bawang putih dengan halia.
4. Masukkan ubi kentang dan lobak merah. Biarkan selama 5 minit dan kacau. Biarkan ubi kentang dan  lobak merah empuk.
5. Seterusnya masukkan  saderi dan bawang besar dan biarkan selama 5 minit lagi.
6. Masukkan dada ayam dan kacau.
7. Masukkan serbuk cili atau cili paste empat senduk kecil. Kacau sehingga sebati.
8. Masukkan air sebanyak 300ml dan biarkan mendidih.
9. Masukkan garam,serbuk perasa dan lada hitam secukup rasa.
10. Biarkan mendidih sehingga 10 minit dan sentiasa kacau.
11. SIAP ! ngehehe~

p/s : jangan letak terlalu banyak air.Resepi ni ditulis sendiri oleh Master Chef Farah Najdah.

Amboi-amboi bukan main lagi 2 beradik ni menceroboh blog ibu ye.
Gitulah bila datang kerajinan melampau anak-anak nie.
kalau la setiap hari tolong ibu masak macam ni kan bagus.
Tapi syarat kena bangun pagi-pagi buta.......

About me