Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

5 Januari 2012

MBrown + Sawah....

Hari ni ibu sumbat n3 pemandangan di sawah ye.
Kepala tengah serabut dengan kerja-kerja melambak-lambak
kat sekolah..
Gitulah awal tahun.
Rasa tak cukup masa 24 jam.....
N3 ni ibu dah buat sejak minggu lepas........

Dah hampir 10 tahun menetap di BG dan inilah kali pertama ibu singgah kat kawasan sawah ni.
Kawasan ni dikenali dengan nama Sawah Ring.
Ibu selalu juga lalu lawasan ni cuma tak jadi nak singgah.

Beberapa hari lepas kami melarikan diri dari rumah.
Sebabnya taman perumahan kami disembur dengan 
asap denggi...
Setiap kali ada semburan ibu/ayah terpaksa melarikan 3 orang penghuni rumah ni
Ibu, Along dan Farouk kerana kami bertiga pengidap asthma
dan alah dengan semburan..
Ayah pula tak de semalam kerana ada meeting kat JB
so ibulah yang melarikan anak-anak......

Ibu dan anak-anak sekadar ronda-ronda.
Mula-mula ingat nak singgah ke supermarket 
tetapi anak-anak lebih berminat nak pergi makan-makan....

Dalam perjalanan balik ibu tengok kawasan taman kami masih dalam proses semburan.
Kalau sembur minyak wangi oklah juga...tetapi ni bau semburan tu
habis melekat kat kain baju..
Tak suka tau!!!!!!!

Along cadangkan kami ke Sawah Ring.
Katanya lama dah teringin nak posing kat sawah.
So ibu terus menuju ke sana.....

Cantik juga pemandangan petang di sawah, 
berlatar belakang Gunung Ledang yang letaknya
lebih kurang 1/2 jam dari sini.....

 Naurah yang mula-mula volunteer jadi model sawah....

 lepas tu 3 orang model dicelah-celah rumput sawah.
Habis si juru gambar digigit semua api tau...hu.hu.hu....

 Dan Along pula.....

 Satu-satunya model lelaki ibu.....he.he.he....

 Dan along sibuk pujuk ibu untuk cuba memandu kereta.
Baru dapat lesen L dah berangan.
Dengan berat hati ibu izinkan.
Kecut juga perut ibu..
Manalah tau kalau jadi apa-apa, ayah pula tak ada......
Naurah dan Farouk terjerit-jerit dan menangis meraung-raung ketakutan bila along drive.
Riuh rendah dalam kereta.
Tak sangka pula ibu, Along berani memandu MPV.
Ibu dulu nak suaikan diri memandu MPV memakan masa juga....
Ayah terpaksa mengajar ibu selama 1 minggu.....

kami balik rumah dah malam setelah tersesat dalam kebun kelapa sawit.
Ini angkara si along jadi pemandu.
Punyalah ibu gabrah, main tunjuk-tunjuk je jalan.
Akhirnya dalam kegelapan kami tersesat..
Makin mengerikan bila Naurah dan Farouk makin kuat nangisnya.
Hish!!! budak berdua ni, betul-betul buat ibu panik...........

p/s:
Nanti ibu buat n3, apa yang telah jadi pada kain
yang telah tersalah potong tu..........

4 Januari 2012

Back To School.

N3 ringkas..
Hari pertama persekolah sesi 2012.
Hari pertama kami diserang oleh NAZIR.
Panas abis m*nt*t   cikgu cikgi hari ini.
Bayangkan baru melangkah ke sekolah.
Murid-murid pun masih dalam mood cuti....

Pagi-pagi NAZIR dah tunggu.
Semua diminta, semua dikorek, semua diterjah.
Habis fail diselongkar, habis bilik2 khas diterjah.....
Jap lagi ibu kena ke sekolah lagi sebab ada meeting penting dengan NAZIR.
Nak dengar apa komen-komen sehari dia bersama kami.....

 Hari ini Hari Rabu.
Semua anak-anak pakai baju Ko-Kurikulum....

 Farouk dah tak sabar nak ke sekolah....

 Tinggal Angah dan Beby je ke sekolah menengah.
Tahun ini Angah SPM.
Along tinggal kat rumah.
Dok elok2 ye n masakkan lunch untuk kami......

2 orang sekolah rendah..
Masih kanak-kanak rebina....
Tahun ini Naurah UPSR...
Sila abaikan rumah cikgu yang sedang bersepah dengan bahan-bahan P&P...

 Si ibu pun jadi mangsa paparazi..
Ibu pun pakai uniform PPIM..
Bezanya cuma ada bling-bling....he.he.he....

Farouk....

Farouk dalam kelas....

3 Januari 2012

Shopping-shopping @Wisma Jakel Shah Alam.

Minggu lepas ibu sempat singgah ke  Wisma Jakel Shah Alam 
semasa OTW nak ke i-city.
Ramainya orang.
Macam ada pesta ibu tengok.
Rupanya ada sales besar-besaran.

Tak pasal-pasal ibu pun terjebak sama.
Mulalah ibu rambang mata dan lupa diri.
Ayah ni pandai-pandai je bawa ibu ke tempat-tempat macam tu.

Rasa nak je ibu angkut semua kain-kain tu bawa balik rumah.
Nasib baik ibu masih sedar diri........

 Gambar ni ibu ambil dari en.google....
Dah lupa nak snap kerana masa ni dilanda penyakit "lupa diri" jap.
Mau tak lupa diri bila kain-kain yang berkualiti dilelong dengan begitu murah.

 Ni yang sempat ibu rembat.....

Kain Korea Silk yang sempat ibu capai.
Bila balik rumah macam tak berkenan pula tengok coraknya tu...
Sepasang berharga RM180 tetapi ibu dapat 2  pasang dengan harga yang sama.
Murahkan....
Maunya ibu tak rambang mata.
Kalau ikutkan hati, mau dengan gedung tu sekali itu angkut.....
Nasib baik anak-anak dah mengadu kepenatan + lapar.
Kalau tidak mau "muflis" ibu dibuatnya...hu.hu.hu...
 Muka budak-budak yang kepenatan melayan kerenah ibu yang hampir lupa diri..
hi.hi.hi.....ibu upah makan sosej yang nyummy tu....
Boleh tahan mahal juga..sebatang tu Rm2.....
Farouk dah hilang bersama ayah.
Ayah tu sebenarnya boleh tahan jugak bab-bab window shoping.
Terkadang ibu pun boleh kalah.......

Along-tukang angkut beg kain ibu.....
Ibu upah 2 batang sosej.....he.he.he....

p/s:
Petang ni kerajinan melanda.
Konon2 nak jahit baju tiba-tiba baju ke 2 tersalah potong....hu.hu.hu..
TENSION + FRUST + STRESS!!!!!!!!
Camne nieee??????/

About me