Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

23 November 2011

Tragedi di Malam Perlawanan Bola Sepak.

Kelmarin Ayah oustation lagi.
Kasihan tengok anak-anak yang tak kemana-mana.
So petangnya ibu secara drastik buat rancangan
untuk ke Bandar Tangkak.
Ibu selalu begitu.
Suka ikut gerak hati.......
Jarak Tangkak ke BG lebih kurang 20-23km gitu.

Petang tu ibu bawa kereta ayah maklumlah
kereta ayah minyaknya sentiasa "full"..hi.hi.hi...
Anak-anak bising sebab kami berenam.
Memang tak selesalah.
Naurah dan Farouk terpaksa berdua di depan
dan 3 Farah dibelakang...
Dah terbiasa naik MPV dan masing-masing dah ada
tempat duduk sendiri...
Nasiblah anak2, ibu nak jimatkan kos.
Tak payah isi minyak kereta.....he.he.he...

Posing dulu...di bandar tekstil....

Kalau pergi Tangkak tak sah kalau tak shopping kain pasang.
Ibu sebenarnya nak beli kain untuk tempah jubah mama.
Terlanjur dah ke Tangkak ibu terus beli kain untuk buat uniform
anak-anak......
Entah bila la nak menjahit tu.....

Dah penat bershopping, kami singgah ke PizzaHut.
Sedang menunggu order...
Makan sup dan minum dulu....

 Rakyat jelata ramai so kena order 3 set pizza.

 Beby mengidam nak makan BBQ wings...
Mak aiiiii....macam makan sira ayam je....
Manis bangat!!!!!!

Along nak makan pasta.....
Dia order prawns olio spaggeti....
Spaggeti  ni tak serasi dengan tekak ibu...
Along kata menyesal lak order.....
1 pinggan terpaksa share 6 orang untuk habiskan tu........

 1 jug air m-dew....

 dan cappocino untuk ibu......

yeah, makanan dah sampai.....jemput makan...

Siap makan kami sambung shopping lagi.
Singgah solat Maghrib di Masjid Jamek Tangkak.
Ramai pula orang sebab malamnya ada majlis tahlil sempena 
Hol Al-Marhum Sultan Johor...

OTW, tiba-tiba meter kereta naik hampir ke H.
Terjerit-jerit farouk dan Naurah suruh ibu berhenti.
Tersadai kami ditepi jalan yang gelap gelita.
Nasib baik kereta buat hal
berdekatan dengan sekolah ibu.
Lebih kurang 6km dah dari rumah.
Ibu memberanikan diri memandu untuk parking berhampiran
masjid memandangkan keadaan yang gelap dan
persekitaran adalah kawasan kebun kelapa sawit..
Seram woooooo!!!!!

Angah call ayah dan ayah masih OTW dari JBharu ke BG.
Tunggu ayah dalam 1/2 jam juga di dalam keadaan malam
yang gelap gulita.
Bila ayah tiba dan dengan bantuan beberapa orang penduduk
kampung, Alhamdulillah kereta selamat
dibawa pulang oleh tuannya.....
Hish!!!pandai pula kereta Ayah mogok ek..
Padahal ok je bila Ayah bawa.....
Lain kali tak nak dah bawa kereta ayah..
Kami sebenarnya nak buat suprise a.k.a "dengki" kat
Ayah tu.
Konon-konon bila Ayah balik rumah,
 kami tak ada dan rumah kosong....
Akhirnya rancangan kami tak menjadi dan Ayah pula jadi superhero.......
Itulah pasal, saja cari penyakit.....hu.hu.hu...
Nasib baik Ayah spesis yang cool sokmo....
hi.hi.hi........

p/s:
Hari ini pergi sekolah.
Ada meeting.........

22 November 2011

Situasi Menonton Bola Malam Tadi...

Gambar sebelum kejadian...
Kami pergi berfoya-foya di Bandar Tangkak....
Shopping2 dan makan pizza.
Malam baru sampai rumah.......

Situasi rumah ibu semasa menonton siaran langsung
perlawanan bola sepak malam tadi......
Ibu : 
Bila saat-saat kritikal ,emo datang menyerang...terjerit tiba-tiba...
Kalau ada pesakit jantung berhampiran memang boleh kena heart attack..
Kalau ada baby kecik sah2 kena sawan.....
Setiap kali ibu jerit, anak-anak ketawa terbahak2..
Ah. perdulikan!!!!!!.

Along :
 Masih control ayu masa jerit......
kira masih ada ciri-ciri kegadisan yang menebal.
Sambil tu menutup muka dengan bantal....
Konon-konon tak nak suara jeritan dia didengari jiran...

Angah : 
Layan FB sambil-sambil tu jeling TV tengok perlawanan.
Sambil menaip status kat FB tentang perkembangan terkini
perlawanan bola....
Ala-ala wartawan buat laporan gitu...
Cool je....
Sebenarnya dia takut....he.he.he....

Beby: 
Budak sorang ni yang ter"OVER DOS"..
terjerit-jerit macam orang kena histeria.
Jerit sana, jerit sini..terlompat sana, terlompat sini
Terkadang bangun melompat-lompat sambil peluk bantal.
Sesekali along bersedia dengan tuala untuk menekap mulut Beby
bila bola menghampiri tiang gol...
Ibu pun rasa tangkai jantung macam nak tanggal bila dengar jeritan Beby.
Dasyat sungguh budak sorang ni......

Naurah : 
Tiba-tiba hilang keayuan dan kelembutannya..
Membebel tak tentu arah..
Habis pemain Indo yang jatuh tergolek jadi bahan amarahnya...
"Alah mengada, sikit-sikit jatuh....sikit-sikit jatuh."
"Macam orang kurang kasih sayang jerr..."
"Hish.......eeeeeee....geramnyaaaaaaaa.."
Ha.ha.ha....Naurah membebel macam mak nenek...
Tetapi masih ada ciri-ciri kelembutan....
Dan bila Harimau Malaya menjaringkan gol dia menangis...
Menangis semahu-mahunya macam orang putus cinta gitu...
Dan akhirnya teresak2 bila Malaysia menang...
Airmata gembira yang teramat..
Boleh tahan juga budak sorang nie....

Farouk:
Menangis setiap kali Kak Nana a.k.a Beby jerit.
Dia menangis bukan kerana terharu atau simpati dengan
pemain bola sepak tetapi kerana
ketakutan + terperanjat dengan jerit pekik Kak Nana.
Habis merah mata hidung kerana menangis...
Kitaorang siap kutuk-kutuk Farouk.
Bertambah sayu hatilah dia
Apa la....orang tengok bola meriah bersorak-sorak,
Farouk tengok bola macam tengok cerita kisah cinta yang sedih.
At last, ibu bawa dia ke bilik dan tidurkan dia supaya kami
aman bersorak.......
Ha.ha.ha.ha...
akhirnya tertidur dalam linangan airmata...
Aman rasanya.......kelakar je Farouk nie.
Ciwek!!!!!!!..

Ayah:
Emmmmmmmmmmmm.........
Cool...cool...dan cool..
POYOSSSS.....
Macam orang tak ada perasaan.
Sesekali ada aspirasi wajah 
gembira, geram, suspen, terperanjat (bila kami menjerit...ha.ha.ha...)....
Alahai ayah...ayah......
Agaknya Ayah penat sebab semalam ada meeting kat Putra Jaya,..
balik rumah dah malam dan paginya bertolak untuk hadiri meeting lagi
di JB dan OTW dari meeting terima call dari
ibu kerana ada kejadian yang tidak dijangka berlaku..
Tungguuuuuuuuuuu n3........

Apapun  TAHNIAH untuk Harimau Malaya.
Berbaloi-baloi jeritan kami sekeluarga yang mengalahkan
Stadium Gelora Bung Karno...
Rasanya tak sanggup dah ibu tengok bola
kalau macam nie, rasa macam sesak je nafas setiap kali
bola menghampiri gol......
Ha.ha.ha.....

Perasan Glemer Lagi...

Pagi-pagi buta dah terima mms dari kawan.
Hantar keratan akhbar Berita Harian.
Lepas tu terima sms dari rakan-rakan.
Ingat apa la yang depa kecoh sangat.

Rupanya ni ha, menempel je pegang dulang masa 
Hari Kejohanan Olahraga minggu lepas.
Sibuk je ibu nie.kan..kan..kan..
Perasan!!!!!!
Budak yang terima medal tu yang patut bangga.
Ni ibu yang dok tempat teduh dan sekadar
usung dulang pula over acting.......wakaka..

Ni sekadar tepek untuk koleksi peribadi.
Ada beberapa keratan akhbar kami sekeluarga.
Kalau nak tengok sila klik SINI......

p/s:
TAHNIAH pasukan Harimau Malaya
kerana berjaya meraih pingat emas di
Sukan SEA.......
"Proud to be Malaysian..."

About me