
Kesibukan ibu masih berada ditahap maksimum.
Rasa macam jalan dah tak jejak bumi..
Hari ini saja program dah 4 in 1.
Berjalan dan memanjat turun tangga dah tak terkira.
Mohon maaf kepada rakan2 blogger.
Ibu memang tak sempat untuk menjengah kalian.
Cuma sempat singgah di beberapa buah rumah.....
InsyaAllah, jika kesibukan dah reda ibu akan BW macam sedia kala....
Seawal pagi murid2 dikejutkan dengan deringan loceng.
Pra latihan kebakaran di adakan...
Berkejar-kejar kami ke padang.
cepat lari!!!!!!!
Terpaksa la ibu tinggalkan seketika kerja-kerja di dewan.....
Bekejar semula ke dewan untuk menyusun hadiah.
Hadiah-hadiah tu ibu dah bungkus semalam dengan bantuan rakan2.
Pukul 6.30 petang baru tiba ke rumah.....
Sambil itu ibu terpaksa siapkan juga surat-surat perlantikan
pengawas perpustakaan untuk sesi 2012 hari ini.
Juga kena key-in on-line i-NILAM yang berakhir esok.
Mulalah line tenet buat hal..
Aduyai...tensi...tensi....
Hari ini juga pengagihan wang bantuan RM100 untuk ibu bapa pelajar.
Dalam surat ada menyatakan pukul 11.30 pagi baru sesi penyerahan tetapi pukul 9 pagi
sudah ada ibu bapa yang datang menunggu.
Tercunggap Guru Penolong Kanan berkejar balik ke sekolah dari bank.
Buka sikit wang yang di bawa....Berpuluh-puluh ribu.
Nasib baik diiringi pegawai polis.
Yang dasyatnya, ibu boleh terlupa nak ambilkan wang tu untuk
Naurah dan Farouk.
Itupun Farouk yang ingatkan ibu yang sedang sibuk di dewan...
KIV dululah....Esok nanti boleh ambil......he.he.he....
Cikgu2 bagi ingatan kepada ibu bapa
yang wang itu sebaiknya disimpan untuk bayaran
yuran B.
Ramai yang terkeliru dengan pengumuman PM.
Yuran yang dimansuhkan cuma yuran A.
Yang dikecualikan cuma RM25-RM32 sahaja....
Yuran B berjalan macam biasa.....
Lepas rehat berkejar lagi ke dewan kerana ada raptai persembahan untuk Majlis Q esok.
Hari ini juga dah diadakan Hari Q sesi pertama.....
Balik rumah dah tak larat.......
Letih sangat-sangat..........