Selesai sudah ibu berseminar hari ini.
Bawa pulang buah tangan yang sarat.
Bukan dalam bentuk cenderahati tetapi otak yang tepu.
Ada pembaharuan lagi dalam sistem pendidikan.
Ada lagi beban kerja yang makin melambak.
Mulai 2012 semua sekolah di seluruh negara akan dibekalkan dengan
1BestariNet yang berkelajuan tinggi dan
akan menggunakan aplikasi SPS (Sistem Pengurusan Sekolah)
secara berperingkat2.
Ada faham???????? Kalau tak faham abaikan.
Program ini sebenarnya hanya
untuk cikgu-cikgi.......
Alhamdulillah Seminar berakhir seperti yang dirancang.
Tersenyum panjang ibu dan rakan-rakan guru Daerah Ledang.
Dalam dok syok senyum tiba-tiba ada pengumuman untuk 12 orang
GPM (Guru Perpustakaan Media) diminta menunggu seketika di dewan.
Yang tragisnya 12 orang GPM itu termasuk nama
ibu tersenarai....
Terus senyuman ibu yang manis itu (perasan) jadi sumbang tiba-tiba....
Pemilihan telah dibuat oleh Pegawai Teknologi Pendidikan
dan ianya secara "paksa rela" untuk jawatan AJK Induk Daerah...
Bertambah lagilah beban kerja ibu......
hu.hu.hu.....
Esok "Back To School" dan meneruskan
latihan olahraga hingga Jumaat.
Selepas tu ada beberapa program yang perlu diselesaikan
sebelum berakhirnya sesi persekolahan.
Bukan ibu seorang yang sibuk tetapi semua guru-guru seluruh
negara yang akan jadi macam lipas kudung saat ini dan
terpaksa melangsaikan tugasan yang mengunung.
Jangan banyak songeh ye ibu.
Ingat "SAYA YANG MENURUT PERINTAH".........