
Dua orang kanak-kanak ribena
Farah Naurah (11 tahun) dan Fatin Alya Irdina (10tahun).
Farah Naurah (11 tahun) dan Fatin Alya Irdina (10tahun).
Sangat arkab dan serasi bersama.
Kak Naurah dan Kak Ya.
Bila balik kampung, orang pertama yang
Naurah akan cari Alya (sepupu).
Mereka berdua sangat rapat sejak kecil.
Mungkin juga kerana semasa kecil ibu pernah
membela Alya.
Semasa tu, papa Alya baru di Tahun 3 dalam
bidang perubatan dan mamanya belajar di universiti
yang sama iaitu di UM.
Mereka kawin diusia yang sangat muda dan
mamanya baru berumur belasan tahun..
Ibu terpaksa menjaga Alya walaupun pada masa yang
sama Naurah baru berumur setahun lebih.
Jarak umur mereka cuma setahun.
Disebabkan Naurah masih kecil, Ayahlah yang
terpaksa mengambil alih menjaga Alya.
Alya amat rapat dengan Ayah dan bila tidur,
dia akan tidur di dada ayah.
Bila Naurah dekati Ayah, Alya akan menjerit dan menangis.
Kesian pula ibu tengokkan baby kecil tu.
Mungkin disebabkan airtangan ibu yang
memandikan dan menyediakan serta menyuapkan makanan
semasa Alya masih bayi, dia begitu rapat dengan ibu.
Bila ibu balik ke kampung, Alya sanggup berada disisi ibu
dan family sehingga habis cuti kami di kampung......
Dan Alya pandai mengambil hati ibu:
Alya: Sedap la ibu masak.
Alya: Ibu nanti ibu nak pergi jalan ke mana petang ni???.
Mungkin kerana kesibukkan papanya yang seorang doktor dan
mamanya seorang pensyarah,
kasih Alya akan tumpah pada kami semasa bercuti....
Dan yang paling ibu tak tahan bila lihatkan pakaian
yang dipakai Naurah dan Alya setiap hari sentiasa "sama".
Rupanya mereka dah siapkan "check list" dan jadual
baju apa yang akan dipakai setiap hari.
Semoga keakraban mereka kekal sampai bila-bila.....
Ibu sayang kamu!!!!!!!.
p/s:
Hari ni ibu dah mula sekolah.
Jeles tengok 3 Farah yang masih bercuti.
Dok rumah jangan lupa masak ok!!!!!!!