![](http://dl9.glitter-graphics.net/pub/989/989369nkhwxrd6yq.gif)
Malam Raya haji, orang lain sibuk masak kat dapur,
Ibu sibuk ronda-ronda + shopping2...
Seawal pukul 5.00 petang Ayah dah ajak kami outing kat Muar.
Ayah macam tahu je hati ibu sedih terkenangkan kampung.
Destinasi pertama kami ke Karnival jualan barangan berjenama.
Geram tengok kasut dan handbag yang di"offer" antara 50%-70%.
Lantas tergoda juga hati lemah ibu ini walaupun cuba melawan.............
dan akhirnya tewas kerana hati terjatuh cinta dengan handbag idaman kalbu nie.
Dah lama juga ibu cari handbag berwarna krim ni untuk
gantikan hbag krim ibu yang dah agak lama dalam simpanan.
Ibu beli pun kerana ada "offer"..
Kalau tak "offer" ibu kena fikir 2-3x la....
Tak payahlah ibu bagitau harganya ye.
Nanti orang kata nak menunjuk-nunjuk pula......
Bila ada 50% potongan, kiranya mampulah ibu beli....
Kebetulan baru malam tadi dapat elaun dari ayah...
tak beli baju raya, dapat hbag raya pun ok juga......
Destinasi ke 2, kami ke Econ Save.
Nak beli lauk untuk masak pagi esok.
Konon-konon nak masak nasi minyak.....
Kalau pergi EconSave mesti budak berdua ni
minta aiskrim 1 Malaysia ni....
Selepas keluar dari EconSave kami singgah ke UpTown Muar.
Tak ramai sangat orang.
Mungkin kerana malam raya orang sibuk di dapur....
Kami je yang sibuk bershopping.....
Budak Farouk ni tak ada kerja lain.
Kalau dengan Ayah mulalah bodek-bodek nak beli
kereta besi kecik@ "Hot Wheels" tu.
Katanya nak tambah koleksi..
Kalau dengan ibu jangan harap la nak beli.
Sebiji yang kecil cenonet tu RM5....2 dah RM10..
Hi.hi.hi...macam ajar Maths pulak ibu nie.....
Dah mula rambang mata..
Katanya semua cantik!!!!
Ibu: Alah Farouk, suruh Ayah beli semua tu bawa balik......(akta hasutan)
Farouk: Boleh ke ayah???? (dengan mula blurrr..)
Ayah ,DIAM membisu buat-buat tak dengar.....
Ayah pun sebenarnya 2x5 je dengan Farouk.
Belek sana, belek sini.
Patutlah suka sangat elayan farouk bila nampak "Hot Wheels" nie.
Cuma segan je nak mengaku...wakaka.....
Bayangkan ibu dan Beby dah siap habis makan
10 batang otak-otak yang nyummy tu,
depa berdua tak siap-siap memilih...
kami siap beli lagi sebab sedapppppp!!!!!.
Pukul 10 malam baru kami tiba rumah.
Lauk pauk yang Ayah beli untuk stok 1 minggu
tu ibu sumbat je dalam peti ais...
Dah penat nak kerjakan semua tu.
Esoklah ibu kerjakan......zzzzzzzzzzzzzz.