
Lama ibu tak bercerita tentang Puteri ke 3 Farah Najdah a.k.a Beby ni.
Lepas habis PMR dah kuranglah bebelan si ibu nie.
Maklumlah Beby ni agak terlebih vitamin "M" berbanding 3 Farah yang lain.
Banyak juga program yang sekolah Beby anjurkan selepas PMR.
Rasanya setiap hari ada aje program yang berfaedah untuk mengisi
masa terluang bekas calon PMR ni......
Tetapi terkadang Beby ada juga "ponteng sekolah"
dan bila di rumah ibu suruh jadi "maid".
Sesekali tolong ibu..kan..kan..kan.....
Ini kalau tak silap ibu program 2 hari lepas.
Pertandingan membuat Banner Anti Dadah.
Kumpulan Beby merangkul Johan Keseluruhan.
Dapat hamper besar.
Minggu lepas kumpulan Beby dapat Naib Johan dalam pertandingan
membuat lanskap.
Cuma dalam pertandingan reka-cipta kumpulan Beby tewas.
Beby ni kreatif juga orangnya dan agak "GILA KUASA"...he.he.he.
Bila jadi ketua memang abislah kawan-kawan kena
ikut arahan/perintah dan kena buat yang terbaik.......
Dasyatkan!!!!!!
Tetapi berbaloi-baloi kerana banyak pertandingan mereka menang.
Dan Beby ni tidak lokek dan sangat pemurah dengan kawan-kawan.
Setiap hadiah dan hamper yang dia dapat,
dia dahulukan kawan-kawan.
Sebab tu kawan-kawan suka join dia......
Ini minggu lepas semasa lawatan sambil belajar dan mencanting
batik di Melaka.
Ibu pun tak tahu Beby kena ke sana kerana hari sebelumnya
Beby "ponteng" sekolah.
Bila balik rumah Beby kata dia baru balik Melaka dan
"daddy angkat" ,Sir Lee yang tanda tangan
surat kebenaran, bayarkan tambang dan bagi duit poket RM50.
Alahai, segan sangat ibu rada sebab "daddy angkat"
3 Farah ni baik sangat.
Banyak sangat souvineer dan macam-macam dia belikan untuk 3 Farah.
Sir Lee ni best friend ayah dan berbangsa Cina dan cikgu Bahasa Inggeris
di sekolah 3 Farah...........