![](http://dl9.glitter-graphics.net/pub/989/989369nkhwxrd6yq.gif)
Percutian kali ini agak menyedihkan.
Mama tak sihat.
Walaupun tak serius tetapi hati ibu tetap bimbang kerana
mama salah seorang
pengidap beberapa jenis penyakit kronik.
Kalau boleh ibu ingin melihat mama sihat dan ceria.
Apapun mama seorang yang sangat kuat dan tabah.
Mama masih mampu tersenyum bila ibu disisinya.
Aduhai hati,
sering menangis bila melihat mama.
Di hati seolah-olah memberontak ingin
terus berada disisi mama selamanya.....
Beberapa hari di kampung,
ibu dikejutkan dengan panggilan kecemasan di malam hari..
Makcik kesayangan yang ibu panggil "ma" tidak sedarkan diri.
Sewaktu kecil, setiap kali cuti sekolah,
di rumah "ma"lah ibu habiskan
cuti bersama-sama sepupu2 ibu.
Mereka sangat rapat dengan ibu sehingga kini.
Sudah beberapa tahun "ma" terlantar sakit.
Paginya ibu bergegas ke sana.
Jarak rumah "ma" tak begitu jauh dari rumah abah.
Keadaan "ma" lesu dan semasa di sana doktor sedang merawat.
OTW pulang dari rumah "ma"
ibu menerima panggilan kecemasan dari atie (adik ibu).
Iman Amsyar diserang sawan dan kejang tiba-tiba.
Ya Allah, berdengup deras jantung ibu.
Berkejar balik rumah abah.
Keadaan Iman membimbangkan ibu.
Terus ibu bergegas membawa Iman ke hospital.
Iman terus diberi rawatan kecemasan.
Berulang alik ibu ke Hospital Lati Pasir Mas.
2 hari 1 malam Iman di sana dan
syukur keadaannya dah makin stabil dan telah discharge.
Malam sebelum bertolak pulang ke Johor,
ibu pergi mengziarahi pakcik yang ibu panggil Pak Muda Haji.
Ibu amat rapat dengan beliau dan
merupakan antara bapa saudara kesayangan ibu.
Dari seorang yang sihat sekarang beliau terlantar dikatil.
Beberapa penggal/tahun lalu beliau menjawat jawatan
sebagai YB/ADUN tetapi sekarang terlantar sakit.
Semoga Allah memberi kekuatan dan kesihatan yang baik untuk
Pak Muda Haji kerana usianya masih muda......
Cuma ibu terkilan kerana tidak sempat
mengziarahi seorang lagi makcik ibu yang anak2 ibu panggil"atok mummy".
Beliau pun tidak sihat kerana mengidap sakit jantung.
Ya ALLAH,
Berikanlah kesihatan yang baik pada insan-insan
kesayangan ibu.
Lindungilah mereka Ya Allah,
Berikanlah mereka RahmatMu.
Berikanlah ketenangan pada kami sekeluarga.
Berikanlah kami ketabahan dan kesabaran
melalui ujian dariMu.
Sesungguhnya, setiap ujian dariMu,
adalah limpahan Pahala yang tidak ternilai buat insan kerdil seperti kami.
2 minah ni, Naurah dan Alya mesti pakai baju maching everyday .
Mereka sangat rapat walau jarang berjumpa....
bersedia nak ke hospital jenguk Iman Amsyar....
Iman Amsyar dan Kakak Naurah...
Iman buat muka sedih....
Bila nampak ibu snap gambar, mulalah Iman buat muka macam-macam.
Geram tengokkan......
mula ceria bila Beby a.k.a kak Nana bawakan kucing
yang Iman panggil MILO....
buat muka poyo.....
p/s:
Alhamdulillah, disaat ibu berangkat semula ke Johor,
insan2 kesayangan ibu terutamanya mama dan
Iman Amsyar dah kembali sihat dan ceria.
Lapang dan tenang rasanya hati ini.
Setiap hari ibu menelefon ke kampung dan
setiap kali berbicara dengan Iman ibu jadi sebak:
Iman: Ibu, Iman rindu Ibu....bila ibu nak balik lagi..
Ibu : Ibu pun rindu Iman, Iman makan ubat ye...
Iman: ye....Ibu, raya haji nanti ibu balik ye......
Ibu: Ibu kerja la Iman, nnti cuti ibu balik ye...
Iman: terus meletakkan telefon dan menurut mama Iman,
"dia" berlari menangis dibiliknya dengan juraian airmata.........
Terkilan sungguh hati ibu kerana tidak sempat membawa
Iman ke Splash Water seperti yang telah ibu janjikan.