
OTW balik dari bercuti,
ibu singgah beli keropok Losong yang terkenal di Terengganu tu.
Ibu beli beberapa kilo yang baru siap direbus dan masih panas-panas
dan juga yang telah siap digoreng.
Memang sedap sangat kerana keropok tu meriah dengan ikan
yang fresh.....
Sekelip mata je keropok goreng habis dimakan anak-anak.
Yang tinggal cuma yang rebus.
Kalau orang Terengganu, mereka lebih suka makan
yang direbus panas-panas.
Bila ibu makan yang rebus, anak-anak kehairanan.
masing-masing tak berani mencuba.....
keropok losong yang sedap!!!!!!