
8 hari bercuti, cuma 2 kali ibu sempat update blog.
Keadaan tidak mengizinkan.
Percutian kali ini dipenuhi dengan peristiwa yang tak diduga.
Banyak ujian melanda.......
Lebuhraya Patai Timur yang masih dalam proses pembinaan.
Ini merupakan kali ke 3 ibu melaluinya.
First time masa balik kampung semasa raya Ayah lalui jalan ni.
Lebuhraya dari Kuala Berang ke Bukit Besi yang cuma sepanjang 45km.
Keadaan jalan yang masih lengang.
Sepanjang perjalanan cuma ada 3-4 buah kereta je.....Bestkan!!!!!
Masjid yang baru siap di Bandar Jertih, Terengganu.
Menarik sangat kerana dibina sepenuhnya dari kayu.
OTW tak sempat nak singgah kerana hujan mula turun.
InsyaAllah kalau berkesempatan dilain kali kami akan singgah solat jamak di sini....