Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

15 Oktober 2011

Kenapa Mahal Sangat???

Pai krim buah-buahan.
Sedap + lemak berkrim + masam manis.
Tapi kenapa ko mahal sangat?????


14 Oktober 2011

Mini Celebrate...

Birthday Farouk, cuma sambut bersama family.

 Kek Birthday Farouk...wajib ada kereta.
Muka budak baru lepas mandi sekembalinya dari
Sekolah Agama....

 Hadiah dari kakak-kakaknya....

 Sambut birthday di KFC sekembali dari sekolah
tengahari tadi....
Mulanya nak ke MBrown tetapi baru minggu lepas
lunch kat sana jadinya ibu melencong ke KFC....

Farouk tak suka ayam KFC.
Ibu pun tak tahu kenapa, 
setiap kali makan ayam goreng KFC Farouk akan muntah.
So ibu order set toasted twister + cheezywedges untuk Farouk.
Harap-harap balik rumah nanti dia tak muntah.....

 4 Farah nak makan ayam goreng KFC berperisa TomYam 
sebab Beby kata sedap masa cikgunya belanja makan di KFC
semasa birthdaynya minggu lepas...
Baik betul cikgu Matematik Beby ni kerana sanggup bawa Beby
pergi celebrate birthday Beby di sana....
Thanks cikgu!!!!!.

Rasa resepi ayam goreng berperisa tomyam ni oklah...
Tepungnya  pun rangup dan ketulan
ayamnya besar.......

Mengidam Sushi????

Seminggu dua ni ibu dan anak-anak macam mengidam pulak.
Teringin nak makan "sushi".
Mengada betul.
Banyak-banyak makanan kat Malaysia ni, "sushi" juga jadi idaman kalbu.
Agak-agak kalau mengandung maunya muka anak jadi macam orang Jepun...
hi.hi.hi...

So sebagai seorang Perdana Menteri dalam
rumah tangga, Ayah juga mampu jadi "pakcik supir"
mengangkut sang isteri dan anak-anak pergi mencari "sushi"..
Dan akhirnya keinginan kami tercapai tetapi
bukan di Muar tetapi Melaka....
Semata-masa melepaskan keinginan membuak-buak.
Kami peminat "sushi" KECUALI Ayah.....

 Seorang ambil 10-12 gulung/ketul "sushi" yang berlainan perasa....
12X6= 72 gulung/ketul
Licin hingga menjilat jari....!!!!
Dasyatkan!!!!!!

About me