Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

9 Oktober 2011

Jejaki Sejarah @Muzium Pengangkutan.

Hujung minggu kali ini kami ke Melaka.
Yang kelakarnya kali ini kami berpecah kepada 3 kumpulan.
Ayah dan Beby nak ke Mahkota Prade, 
Along dan Angah nak bershopping kat Dataran Pahlawan,
dan Farouk pula sibuk nak ke Muzium Samudera.
Tak puas-puas dengan Muzium Samudera yang Farouk panggil
Kapal Lanun....
Jadi terpaksalah ibu mengalah dan 
bawa Farouk dan Naurah menuju ke tempat yang mereka nak pergi....
Selamatlah duit ibu.
Kalau ikut ayah atau along memang ada jelah yang akan ibu beli....

Jadinya cuma kami bertiga yang lakukan
aktiviti jejaki kesan sejarah.....

Destinasi pertama di Muzium Pengangkutan Melaka.
posing dulu ye anak-anak...
Buat kenangan cz  ibu nak tepek dalam diari family kita.

 posing kat Keretapi Tanah Melayu..
Aktiviti panjat-panjat keretapi....
Rasanya baru 2 kali  mereka berkesempatan naik keretapi KTM.
Kalau tak silap ibu dari KL ke Pasir Mas Kelantan.
Itupun semasa dari Kota Bharu ke KL kami menaiki kapalterbang dan
semasa balik anak-anak nak naik keretapi.
Terpaksa batalkan penerbangan..
Sabar jelah.
Perjalanan KL-Pasir Mas memakan masa 10 jam dengan keretapi...
Tapi menurut anak-anak mereka lebih enjoy naik
keretapi dari naik kapalterbang.
Apa2 jelah......

 lepas tu posing pula di bawah kapal terbang TUDM....

 itu tak pasti pula kereta apa ni padahal ada tertulis kat sini....

 Ini pun pengangkutan juga ye aunty2, uncle2....
Mereka pernah naik yang real punya dan Naurah sampai pucat lesi mukanya.
Sekarang dah serik..Takut katanya.....

 posing  jauh-jauh ajelah Farouk ye
sebab ramai sangat orang sedang tunggu giliran nak bertenggek kat atas 
replika lembu tu....

Kakak Naurah pun sama......

Banyak-banyak tempat, playground juga jadi tempat pilihan mereka....
Alahai bosan je ibu tunggu mereka berdua yang penuh riang ria dan gelak ketawa.....
Dah..dah..jom kita jelajah ke Muzium seterusnya..
Tungguuuuuuuuuuu...siri seterusnya.

Sarapan Pagi Ini..

Kebelakangan ni ibu sering bersarapan dengan quicker-oat.
Sebenarnya ibu amat tidak mengemari benda alah ni 
tetapi demi menjaga kesihatan
terpaksa jugalah memaksa diri.
Maklumlah ibu dilahirkan dalam keluarga yang
ada masalah berkaitan dengan jantung...
Mencegah lebih baik dari merawat.
Tak gitu?????

menambah pisang untuk hilangkan rasa oat yang tak best itu...hu.hu.hu...

8 Oktober 2011

Mari Kita Sama-sama Belajar....

Semalam ibu BW dan terjumpa sebuah blog dan 
artikelnya amat menarik minat ibu.
Klik sini.
Isu yang jadi berita terhangat dan sensasi kebelakangan ini
disebabkan kurang ilmu dan kejahilan kita sendiri.
Ibu bukan nak salahkan sesiapa kerana
ibu juga tergolong dalam kalangan yang masih kurang dalam
ilmu agama....

Tapi yang ibu hairan, bila kita ni tak tahu atau
tak pasti tentang sesuatu perkara terutama dalam 
soal hukum hakam agama baik kita berdiam diri
atau mencari jalan untuk belajar.
Itu lebih baik dari kita dapat dosa
"free" diatas kejahilan kita...
Setiap hukum yang datangnya dari Allah
adalah yang sebaik-baiknya.
Tidak ada sedikit pun cacat cela.

Mesti kawan-kawan dah tahu
isu bagaimana artis yang memberi komen
tentang hukum hudud dan yang peliknya
si wartawan (tidak semua) pula bertanya
pada orang yang tidak sepatutnya.
Patutnya pergilah interview ustaz2, ustazah2 atau ahli
bijak pandai agama.....

Amboi panjang pula ceramah ibu.
Meh kita sama-sama baca petikan santai
yang ibu copy paste dari sebuah blog....

POTONG TANGAN SAJA?
"Hudud tak sesuai di Malaysia laa..." komen Cikgu Lee [bukan nama sebenar] dalam bilik guru.
Saya dan Cikgu Aziah [juga bukan nama sebenar] saling berpandangan.
"Mengapa kata begitu, Lee?" Cikgu Aziah bertanya.
"Kalau semua ikut hudud, nanti ramai la yang akan dihukum potong tangan sebab mencuri," Cikgu Lee menyuarakan pendapatnya.

Saya tersenyum, lalu memberi signal kepada Cikgu Aziah untuk terus berhujah.
"Sebenarnya Lee, hudud itu bukan setakat potong tangan, tau. 
Menurut hukum hudud, sebelum dijatuhkan hukuman potong tangan pada pencuri, 
kita kena selidik dulu mengapa dia mencuri. 
Bila dah sah dia tak ada sebab munasabah yang menyebabkan dia mencuri, 
dia curi sebab seronok atau nak balas dendam, 
barulah kita jatuhkan hukuman potong tangannya. 
Tapi jika didapati dia mencuri sebab dia kelaparan 
atau sebab dia tak ada kerja untuk beri makan kepada anak-anak di rumah,
 kita tak boleh hukum dia dengan potong tangan. 
Sebaliknya pemerintah mesti berikan dia pekerjaan 
supaya dia boleh dapatkan wang cara halal untuk sara keluarga," 
terang Cikgu Aziah secara panjang lebar.

"Oh, macam tu kah? 
Kira kalau dia mencuri sebab nak bagi anak dia makan,
 tak kena potong tangan laaa?"
"Betul, tapi kita mesti berikan dia pekerjaan supaya dia boleh berdikari. 
Tapi jika sudah diberi pekerjaan dan dia tak mahu kerja, 
masih tetap mencuri, maka barulah hukuman itu boleh dijatuhkan ke atasnya."
"Potong tangan mana, kanan atau kiri?" tanya Cikgu Lee lagi.
"Tangan mana yang dia gunakan untuk mencuri," jelas Cikgu Aziah lagi.
"Potong di mana, ya? Di siku kah?" nampaknya Cikgu Lee semakin berminat nak tahu.
Cikgu Aziah yang mengajar Sains itu tetap sabar melayan soalan Cikgu Lee.
"Potong pergelangan tangan."
"Guna apa potong? Pisau atau pedang?"
"Pisau yang paling tajam," jelas Cikgu Aziah lagi.
"Mengapa mesti pisau tajam?"
"Supaya tak sakit dan sekali potong saja. 
Jika guna pisau tumpul, ia akan mengambil masa 
dan akan menyeksa orang yang dihukum," saya menjawab.
"Betul, mesti pisau tajam. 
Sama seperti menyembelih binatang, mesti pisau tajam. 
Tak boleh pisau tumpul," sokong Cikgu Aziah.

Hanya kami bertiga dalam bilik guru. Perbualan semakin hangat.
"Kalau ikut undang-undang sivil, 
orang yang ditangkap mencuri akan dihukum penjara 
walaupun dia buat begitu kerana anaknya kelaparan dan dia takde duit membeli makanan. 
Kasihan bila baca tentang ibu tunggal dimasukkan ke penjara 
beberapa bulan kerana mencuri setin susu untuk minuman anaknya. 
Jika ikut hudud, ibu itu akan diberi pekerjaan, 
tak perlu masuk penjara, 
dan tangannya juga tak perlu dipotong," saya sambung lagi.
Cikgu Aziah mengangguk setuju.
"Betul, hudud bermaksud mencegah, 
dan ia sebenarnya sebagai langkah pencegahan, 
bukan untuk menghukum. 
Jika kita kaji betul-betul, hudud sebenarnya lebih bersifat perikemanusiaan. 
Malangnya ramai orang salahfaham 
dan hanya memandang hudud dari satu sudut saja,
 iaitu mesti potong tangan jikalau mencuri. 
Ia sebenarnya lebih kompleks."

"Betul, dalam beberapa situasi, 
Islam membenarkan seseorang mencuri. 
Tak percaya? 
Misalnya seorang isteri dibenarkan mencuri wang suaminya yang kedekut 
sehingga gagal memberi nafkah kepada keluarga, 
dengan syarat jumlah yang dicurinya itu tidak lebih daripada yang perlu.
Seorang pekerja dibenarkan mengambil upah daripada 
majikan jika beliau gagal dibayar gaji untuk kerja yang dilakukan. 
Dalam kedua-dua situasi, mereka tidak akan dihukum potong tangan, tau," 
saya sambung lagi.
"Oh, begitukah?" Cikgu Lee kelihatan terkejut dengan penerangan kami berdua.
"Ya, betul. Hukuman hudud berniat untuk mencegah jenayah."
"Tapi jika berzina, tentu tak sesuai kerana ia menganiayai kaum wanita. 
Wanita dirogol akan dihukum sebagai penzina."
"Lee, jenayah hudud ada beberapa saja iaitu berzina, 
minum arak, mencuri, merompak, dan tuduh orang lain berzina.
 Orang yang menuduh seseorang itu berzina mesti 
kemukakan 4 saksi yang boleh dipercayai, yang lihat 
berlakunya kejadian itu dengan mata mereka sendiri; 
bukan boleh tuduh suka-suka saja.
Jika timbul keraguan pada salah seorang daripada 4 saksi itu bahwa 
tertuduh itu tidak berzina, 
dia tidak boleh dihukum ikut hudud lagi sehinggalah 
dapat tampil saksi baru yang menuduhnya."
Cikgu Lee mengangguk perlahan-lahan,
 nampaknya semakin faham selepas penerangan kami yang panjang lebar.

"Lee, you jangan risau. 
Hudud wajib untuk orang Islam saja kerana ia hukum Allah, 
bukan ciptaan manusia sendiri.
 Orang bukan Islam tak perlu takut sebab kamu takkan 
dihukum ikut hudud walaupun bersalah. 
Yang perlu takut hanyalah orang Islam 
yang suka melakukan perbuatan terkutuk itu iaitu 
penzina, pemabuk, perompak, pencuri dan penyebar fitnah. 
Lagipun belum tentu akan dapat dilaksanakan hudud 
sebab hanya pemerintah saja yang boleh jalankan hukum hudud. 
Kami rakyat biasa beragama Islam tak boleh jalankan hukum hudud."
Alhamdulillah.. 
dua guru bukan opsyen pendidikan Islam, 
akhirnya berjaya menyakinkan rakan sejawat kami yang 
nonMuslim untuk tidak takut dengan hudud.

About me