Hari pertama,
PMR tamat lebih kurang pukul 4.30 petang.
Dan hari pertama PMR juga adalah birthday Farah Najdah a.k.a Beby.
Di hari bersejarah Beby kena bertarung dengan peperiksaan penting.
Ibu dan Along beli sebiji kek birthday untuk buat suprise pada Beby.
Sekurang-kurangnya dapat membuat Beby gembira
dan mengurangkan stress dia menghadapi PMR.
Menurut kata Beby, Ayah dah bagi duit
malam sebelum PMR/Birthday.....dan hari ini
Ayah ada meeting di Segamat.
Apapun ibu, ayah dan family sentiasa berdoa yang terbaik untuk Beby.
Kami tau Beby adalah anugerah yang
tak ternilai buat kami sekeluarga.
Dan Beby juga antara anak ibu yang cemerlang....
Ibu bangga kerana Beby sentiasa menghadiahkan
ibu kecemerlangan walaupun terkadang
antara kita tidak begitu serasi....
Mungkin kerana kita sama-sama anak ke 3....
Tapi ketahuailah, ibu menyayangi anak-anak ibu
tanpa perasaan berbelah bagi..
Kalian semua terlalu berharga buat ibu dan ayah...
..
Semoga Beby terus cemerlang dunia dan cemerlang akhirat...
InsyaAllah....Amin....
tersenyum setelah melihat kek suprise yang nyummy....
hadiah dari Farouk untuk kak Nana.
Ada ke patut bagi hadiah sikat kat Kak Nana.
Beby siap tanya ibu:" Ibu, rambut Beby serabai ke selama nie????
Ibu: Kenapa?
Beby: Yelah, Farouk bagi 5 bilah sikat kat Beby.....
Ibu: Entahlah, cuba tanya Farouk kenapa??????.
Ibu pun confius juga sebab banyak-banyak
barang kat kedai tu, sikat dibelinya buat hadiah.
Alahai Farouk!!!!!
Budak yang over..makan pun sampai comot....
Keknya memang sedap sangat.
Kek Jelly Buah-buahan yang sedap....
Birthday Beby yang ke 3....
Ibu suka tengok gambar Beby masa kecil.
Memang dia cute sangat-sangat dan sangat petah berbicara.....
Sebab tu dia menjadi kesayangan semua........