
Kelakar je tajuk tu tapi ibu nak tulis juga kat dairy ibu ni.
Kisah perjalanan ini ke tempat kursus yang jaraknya
lebih kurang 32 km dari rumah.
Pergi balik lebih kurang 64 km.
Hari Pertama:
Seawal pagi hati ibu berasap + berapi.
Di dalam kesibukkan jalan raya di pagi hari
tiba-tiba ada sebuah kereta bernombor plat
JAGXXXX, memandu 40km/jam di double-line.
BAYANGKAN....40km/jam.
Kalau kayuh basikal lagi laju rasanya.
Mau hati tak berapi.
Si pemandu slamber je tanpa rasa bersalah.
Sedangkan itu masa kemuncak untuk orang ke tempat kerja.
Tak pasal-pasal disebabkan 'dia' seorang,
berderet-deret kereta bersusun dibelakang......
Bayangkan ibu perlu hadir ke tempat kursus jam 7.45 pagi.
Sesuka hati je pemandu itu bersiar-siar di pagi hari.
Rasa nak je ibu langgar bontot kereta tu....
Tapi rasanya tak berbaloi la kerana kereta tu
dah tunggu masa nak mereput sedangkan kereta baru ibu jadi mangsa...
OoOOooooooo...Tak rela!!!!!!
Hari Ke 2:
Perjalanan ibu berjalan lancar tanpa gangguan
dari JAGXXXX.
Walaupun terpaksa melalui kesesakan di beberapa tempat yang
ada sekolah, itu perkara biasa.
Tersenggeh ibu sorang2 macam kerang busuk....
.
Tiba-tiba jalan jadi 'jam' teruk semasa menghala
ke jambatan Muar.
Alahai, ada pulak la van tersadai di tengah-tengah jalan betul-betul
di muka pintu ke jambatan...sabo jelah.
Terus hilang senyuman yg paling manis + menawan itu berganti
dengan dahi yang berkerut seribu.
Hari ke 3:
Hari ini ibu berdoa agar tidak berlaku lagi insident2
yang menghalang kelancaran perjalanan ibu.
Lega rasanya hati bila dapat melintasi jambatan Muar
dengan lancar walaupun macam biasa
jalan yang tersekat-sekat akibat kesibukan di kawasan
sekolah dan trafik light.
Tiba di Bandar Muar,
tiba-tiba ada pula beberapa orang sedang
mengayuh basikal di tengah-tengah jalan raya.
Ibu pun tak pasti mereka ni sedang traning ke apa sebab
masing-masing memakai pakaian seragam....
Mak aiiii.........tensi...tensi...
Tak ada masa lain ke depa tu nak kayuh basikal kat
tengah-tengah jalan raya.....
Malam ke, pagi2 buta ke????
Tak pun kayuh basikal dalam air!!!!!!
Hari ke 4 dan ke 5:
???????????
Moga-moga esok tidak ada lagi halangan-halangan
yang tidak diduga.
Dan semoga perjalanan ibu lancar.
Tak seronok rasanya pagi-pagi dah didatangi
dengan insident2 yang tidak diingini.....