
Hari ni hari terakhir camping.
3 hari ibu sibuk di sekolah dan ayahlah
yang ambil alih tugas-tugas ibu kat rumah.
Balik rumah ayah dah siap masak dan basuh baju.
Thanks Ayah.
Ibu balik sekejap-sekejap je ke rumah.
Itu pun untuk menyalin pakaian.
Makan pun di sekolah.
Ibu terpaksa berada di sana sepanjang masa kerana
tugas ibu sebagai Ketua Pemimpin PPIM sekolah.
Kebajikan dan keselamatan ditangan ibu dan rakan-rakan guru.
Malam tadi program tamat pukul 11.30 malam.
Ada pertandingan Malam Kebudayaan.
Hari ini ada pertandingan memasak.
Sila tengok gambar makanan di bawah.
Sebahagian nasi hasil sentuhan tangan anak-anak kecil tanpa bantuan guru.
Siapa sangka mereka sebenarnya kreatif dan boleh mengalahkan chef terkenal di Malaysia.
Sayur yang dimasak oleh anak2 kecil.
Betapa kreatifnya mereka.
Lauk pauk yang berbagai-bagai resepi dari bahan yang sama.
Rasanya yang boleh tahan sedapnya dan hiasan yang mereka hasilkan sendiri.
Berkat kerjasama antara ahli kumpulan....
Terpegun kami melihat hasil anak-anak ini.....
Hidangan yang disediakan.
Lagi hasil mereka yang kreatif.
Peserta2 camping dengan bahan basah yang disediakan.
Siap sedia untuk memasak!!!!!
memulakan aktiviti memasak.
Shuttttt...cikgu pun tak tau nak masak nasi dengan kayu api.
Ha.ha.ha.......
Cikgu yang over acting...
Sedang mengagihkan bahan-bahan basah kepada peserta sempat lagi posing2 maut..
Sebenarnya cikgu-cikgu ni pun teramat penat sangat..sangat..sangat...
Sewaktu lawatan dan pemantauan ke khemah.
muka masing-masing dah penatttttttttt tapi mereka kata
SERONOK!!!!!!....
Bergambar kenang-kenangan dengan Pensyarah dan Guru Pelatih dari
Institut Perguruan Perempuan Melayu Melaka.
Singgah ke open house sebelum balik ke rumah.
Muka Farouk kepenatan.
Farouk adalah pembantu peribadi ibu sepanjang 3 hari di sekolah.
Dia juga merangkap jurukamera ibu.
Maklumlah ibu terpaksa berkejar2 ke sana sini.
Yang kelakar banyak pula dia snap gambar anak2 dara
terutama kakak-kakak Guru Pelatih tu...
Alahai bujang ibu nie.
Selain ada camping, PPIM juga membuka gerai jualan
dan membuat persiapan untuk majlis persaraan
seorang guru pada Selasa ini...
Fuh!!!! balik rumah dah penat dan terus...zzzzzzzzzzz.....
Esok bermula pula kursus 1 minggu...hu.hu.hu....





