Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

12 September 2011

Semoga Berjaya Anak-anak Didikku.

Hari ini ada Majlis Penyerahan Ilmu untuk calon-calon UPSR.
Satu majlis rutin setiap tahun tetapi penuh bermakna buat kami semua.
Majlis yang mampu membuat airmata guru-guru dan anak-anak didik tumpah.

 sesi kemuncak, bersalam-salaman antara anak-anak didik dan cikgu-cikgu.
Cuba perhatikan gambar ke 5 seorang budak lelaki tembam tu adalah "Z" 
yang pernah ibu buat n3 khusus untuknya...
klik sini dan  sini.
Hadirnya di SKPK banyak menguji kami tetapi
apa pun "Z" tetap permata yang berharga buat kami.
Ibu tetap halalkan segala ilmu yang ibu curahkan buat
"dia" walaupun pernah suatu ketika dulu "dia" sering membuat airmata ibu tumpah.
Doa ibu semoga Allah berikan kelapangan pada "Z"
untuk menjawab soalan UPSR.

kasih seorang guru.
Pelukan sayang dan kata-kata semangat untuk terakhir kalinya untuk anak-anak didik ibu.
Pelukkan ikhlas dan tulus sebagai penguat semangat anak-anak didik.
Bagi ibu, merekalah permata yang teramat berharga.
Tanpa mereka siapalah ibu...

Selamat menempuh UPSR khas untuk calon-calon UPSR
seluruh negara.
Good Luck!!!!.

Aktiviti Kami Tanpa Ayah.

Sejak hari Khamis ayah outstation.
4 hari tanpa Ayah dah jadi perkara biasa pada kami.
Dan anak-anak pun dah tak kisah.
Kalau dulu Farouk amat kisah tetapi lama kelamaan 
dia juga sudah terbiasa macam kakak-kakaknya.
Dan mungkin minggu depan ayah terbang lagi.
Dan bulan depan pun ayah akan terbang ke Beijing ...

Naurah bersama kakak senior, kak Alia...
ni open house di Tangkak..

Dan biasanya kami tetap penuhi masa bersama-sama walaupun tanpa ayah.
Semalam ibu penuhi dengan jemputan rumah terbuka.
Kemudian meraikan kehadiran anak-anak murid yang tidak 
putus-putus datang beraya.
Juga menyambut kehadiran rakan yang datang.

Semalam juga baru berkesempatan berhari raya ke rumah 
ibu mertua terchenta....
Terlanjur beraya, ibu singgah rumah kenalan lama juga
rumah baby sitter Farouk dan Naurah.....

 Habis beraya sempat singgah ke MB.
Pot feveret anak-anak.
Padahal masing-masing dah kenyang tu.
Alahai anak...anak...
Lepak-lepak kat MB sehingga Maghrib.....
baru sampai ke rumah..
Sempat along snap sana-sini...

Balik ke rumah badan dah penat + kenyang yang teramat.
Sempat Along suruh ibu posing-posing dulu.
Baju raya yang tak sempat ibu pakai masa hari raya.
Baju sulam manik tu datang dari Bandung.....hi....

Seronok lepak-lepak kat belakang dengan anak-anak sambil tengok TV.
Gitulah kalau ayah tak ada, Farouk dan Naurah
ambil kesempatan memujuk ibu untuk tidur bersama 
mereka di ruang belakang......

Walaupun terkadang tanpa ayah disisi kami tetap ceria
dan mampu lakukan aktiviti bersama-sama.
Dan yang pasti "claim" makan2 di fastfood dan aktiviti shopping2 
kami berderet-deret menanti ayah...he.he.he..
Itulah rutin kami......

11 September 2011

Bila Mereka Hampir Sebaya.

Bila keluar bersama mereka berlima sering dipandang serong.
Orang yang tidak mengenali akan mengatakan mereka pasangan kekasih.
Itulah hakikat yang terpaksa anak-anak ibu Along, Angah dan Beby 
serta 2 orang pakcik mereka yang digelar Ayah Yu dan Ayah Su
kena lalui..
.
Ayah Yu dan Ayah Su adalah adik ibu.
Mereka berlima amat rapat sejak kecil.
Jarak umur antara mereka tidak jauh bezanya.
Walaupun membesar bersama, mereka tidak pernah bergaduh.
Anak-anak ibu amat menghormati pakcik-pakcik mereka
walaupun diusia yang masih kecil.

Dan sekarang bila berpeluang berkumpul mereka 
akan ambil kesempatan untuk keluar bersama-sama.
Berkongsi cerita dan kisah.
Si pakcik banyak memberi motivasi dan nasihat
pada anak-anak saudara.
Maklumlah sekarang Ayah Yu jauh di over sea dan
Ayah Su juga jauh dan sibuk dengan kuliah...
Amat sukar untuk mereka berkumpul seperti dulu....

Angah dan Ayah Yu..Ketinggian mereka dah hampir sama....
Angah mewarisi ketinggian ibu.....
Sekarang ketinggian Angah mencecah 162 cm..2cm lagi dah
nak menyamai ketinggian ibu.......

 Along dan Ayah YU...

 Along dan Angah.

 Along dan Ayah Su

Malam raya ke 4 mereka sempat keluar bersama-sama ke KFC
Pasir Mas.....

Beby dan Ayah Yu...
See, mereka akan sentiasa berganding tangan bila bersama.
Bertapa akrabnya hubungan antara mereka.....

About me