Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

10 September 2011

Teringin + Sipengacau

Tiba-tiba teringin nak makan nasi dengan telur dadar.
Sejak puasa dan raya ni macam-macam
makanan yang terhidang.
Masa makan memang tak ingat.
I minggu ibu kena asthma attack.....hu.hu.hu...

petang semalam ibu penuhi keinginan untuk menikmati keenakkan 
telur dadar yang dah lama dilupakan...

muka budak belum mandi pagi...selekeh je..
Abaikan dapur ibu yang berselerak.....hu.hu.hu...

 pagi-pagi Farouk sibuk suggest ibu suruh masak nasi goreng.
Rasa malas betul nak masak tetapi dia volunteer nak tolong.
Lagipun pagi ini Farouk ada tuisyen Kelas Jawi dan Fardu Ain kat sekolah Agama.
Agaknya dia lapar la tu.

Dengan gigihnya Farouk tolong 
ketuk bawang putih, basuh telur + pecahkan dalam kuali, potong sosej.
Dan yang penting tolong kacau...
Yang lain ibu yang masak ok......

Nasi goreng simple dah masak.
Bolehlah buat sarapan untuk anak-anak.

Hari ini ibu ada open house rumah kawan.
Agenda menambahkan berat badan.....

Ayah pun dah 3 hari terbang untuk berseminar...
Esok baru balik.....

9 September 2011

Solat Hajat Perdana...

Tengahari tiba-tiba dapat pamplet.
Ada solat hajat perdana sempena UPSR malamnya.
Mau tidak tergamam.
Ibu pun hairan juga sejak dua menjak ni.
Setiap program sekolah dijalankan secara senyap-senyap je.
Drastik pula tu...

Kalau dulu, bila nak lakukan sesuatu program riuh 1 sekolah.
Meriah dan sekurang-kurangnya sempatlah kita prepare apa yang patut.
Dapat susun jadual family sebelum melakukan komitment lain.
Lain la kalau kita hidup sendirian...

Kitakan ada family.
Mestilah kena maklumkan dulu pada bos dan anak-anak.
Entahlah.

Petang tu kelam kabut bersiap.
Bertolak ke sekolah.
Sampai aje dah azan Maghrib.
Teguk sedikit air dan makan 2 biji kurma untuk berbuka puasa.
Terus mendaki tangga ke tingkat 4 untuk ke surau sekolah.
Sampai aje, imam dah mula solat.

Fuh!!! drastik dan bombastik sungguh.


Apapun, ibu berdoa agar semua anak-anak didik 
mencapai kejayaaan cemerlang dalam
peperiksaan UPSR, PMR dan SPM.
Selamat Maju Jaya.

Saat terindah bila setiap tahun ibu mendapat perkhabaran 
indah dari bekas anak-anak murid yang berjaya melanjutkan pelajaran ke IPTA.
Mereka tetap tidak lupa pada seorang cikgu yang terpinggir ini....
Dan paling indah bila anak-anak didik yang teramat nakal 
di zaman persekolah mampu berjaya cemerlang dan menjejak kaki ke menara gading.
Mereka tidak pernah melupakan cikgu mereka ini.....
Tetap menjejaki ibu hingga ke FB....
Cubitan kasih dan marah2 sayang tetap 
tersemat dijiwa mereka......

8 September 2011

Mengambil Bekalan.

Sebenarnya sejak balik kampung hari tu setiap malam ibu diserang asma.
Bekalan inhaler ibu sudah habis 2-3 hari lepas
kerana kekerapan mengunakannya..
Semalam ibu terpaksa la mengadap pegawai perubatan lagi untuk
menyambung bekalan inhaler.
Sambil-sambil itu ibu bawa Along dan Angah sekali
untuk check jenis darah mereka.
Mungkin ibu ambil ringan tentang itu tetapi
ianya amat penting jika berlaku kecemasan....

Yang kelakarnya Along mewarisi jenis darah ayah "O"
dan Angah pula mewarisi jenis darah yang sama dengan
ibu "B"...
Sempatlah ibu usik Along anak Ayah.
Bukan main muncung lagi Along sebab jeles dengan Angah.
Masing-masing nak jadi anak ibu.....
He.he.he....apa la budak ni.....

Alhamdulillah hari ini  ibu rasa dah ok sikit.
Dan baru mampu menjalani  puasa sunat Syawal
walaupun dah ketinggalan beberapa hari.......

dapat bekalan inhaler baru dan ubat batuk.........

About me