
Syukur Alhamdulillah kerana kali ini ibu dapat saksikan kesihatan mama
bertambah baik dari yang sebelumnya.
Dan yang paling mengembirakan ibu bila mata mama yang rabun
hampir 7 tahun mula menampakkan perubahan.
Penglihatan mama ada perkembangan yang positif.
Hati mana yang tidak gembira dan bersyukur.
Setelah hampir 7 tahun mama hidup dalam kesamaran penglihatan
tiba-tiba mata mama mula boleh berfungsi walaupun tidak pulih
sepenuhnya.
Itulah kuasa Allah Yang Maha Agong.
Rambut mama yang baru tumbuh bukan berwarna putih (uban) tetapi
rambut hitam yang sihat dan subur.
Itu selalu mengusik mama:
"Ma, kenapa rambut mama tumbuh warna hitam???
Mama nampak lebih mula dari akak tau....."
Jika 1 minggu hari raya 2010 kami dikejutkan dengan berita
mama sudah tidak ada harapan untuk hidup (klik sini)
tetapi sekarang ibu dikejutkan dengan berita-berita gembira
dan keajaiban tentang kesihatan mama.
Siapa sangka, bila Dr Nash, seorang doktor pakar jantung yang
terkenal di Malaysia yang merawat mama memaklumkan
mama sudah tidak ada harapan (klik sini) tetapi
dengan kuasa Allah mama masih mampu tersenyum ceria,
mampu memeluk dan mencium anak-anak dan cucu-cucu tersayang.
Masih mampu membisikkan kata-kata indah buat kami.
Dan yang paling indah buat kami bila Mama mampu melihat kami.
Walaupun penglihatan mama tidak sejelas dan seterang orang-orang normal
tetapi bagi kami itu sudah cukup bermakna dan
merupakan hadiah yang amat-amat bermakna dari ALlah SWT.
Kami bersyukur padaMu Ya Allah....
Walaupun mama sudah tidak mampu berjalan seperti biasa.
Dan disebalik semua itu, ibu rasa salah satu
penawar yang banyak membantu perkembangan mama ialah Jus Pamoga ini.
Mama dah amalkan meminum jus ini selama 3 bulan.
Tujuan utama untuk memulihkan dan menguatkan sendi lutut mama
tetapi yang Allah berikan adalah penglihatan buat mama.....
Syukur kerana mama temuai penawar yang serasi untuk dirinya.








