Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

5 September 2011

Kenangan Raya di Kampung

26.8.2011 (Sabtu) seawal 6.00 pagi kami bertolak pulang ke kampung.
Kami tiba ke kampung lebih kurang pukul 6.00 petang.
Penat memang penat tetapi kepenatan hilang bila menatap
wajah insan2 tersayang terutama mama dan abah.

Ni sekadar nak tepek beberapa keping gambar raya.
Keluarga besar kami....

 bersama mama dan abah.

 Mak dara bersama anak2 dara.
Baju kami sama cuma warna berbeza.....

Insan yang paling ibu sayang di dunia ini.
Hampir 1 tahun peristiwa mama sakit tenant dan masuk ICU.
Kisah mama tenat, klik sini.
Saat cemas kami yang hampir kehilangan mama.
Syukur, kesihatan mama bertambah baik walaupun mama sudah tidak mampu berjalan lagi....
Dan amat bersyukur kerana masih mampu memeluk mama di pagi Syawal...

Ayah dan Naurah dah tidak dapat dikesan......
So kami yang ada je posing dengan abah n mama.

Saat yang terindah bila dikelilingi sebuah keluarga besar yang bahagia.
Keluarga besar ibu walaupun belum cukup ahli.
Bersama mama, abah, anak-anak, kakak, abang, adik, ipar dan anak-anak saudara.

Ibu dan anak-anak...Naurah dan ayah je tak ada.....

Mak dara dan anak-anak dara....

3 September 2011

1 Minggu Blog Bersawang.

RINDU...RINDU..RINDU...
Rindu pada semua.
Dah hampir 1 minggu blog ibu bersawang + berhabuk.
Maklumlah tuan rumah sibuk beraya kat kampung...
Hari ni baru balik dari kampung setelah menempuh 12 jam perjalanan yang amat memenatkan.
Menempuhi 'jam' dan menyaksikan kemalangan ngeri.
Cukup membuat ibu rasa amat stress....

Belum sempat nak update n3
dan belum sempat nak jengah blog kawan-kawan.
N3 ini sekadar melepaskan rindu semata-mata......

27 Ogos 2011

SELAMAT HARI RAYA SAHABATKU-Puasa ke 27

Semasa n3 ini tersiar mungkin ibu dah dalam perjalanan
pulang ke kampung.
Dan InsyaAllah, semoga Allah memelihara dan
melancarkan perjalanan kami sekeluarga.
10-12 jam perjalanan memang amat memenatkan.
Semoga Ayah mampu bertahan.......

Di kesempatan ini ibu dan 4fn1mf-family ingin mengucapkan 
SELAMAT HARI RAYA 
Maaf Zahir Batin

kepada:
semua ahli keluarga ,
rakan-rakan blog,
warga SKPK
rakan-rakan lama,
ex-student
anak-anak murid SKPK
dan sesiapa yang mengenali diri ini.

Mohon maaf sekiranya sekiranya ada komen-komen
ibu yang menguris hati dan perasaan atau mungkin
ada n3 ibu tidak menyenangkan atau menyentuh hati tanpa ibu sedar..
Ibu hanyalah insan biasa yang serba kekurangan.

p/s:
Mungkin blog ni akan sepi seketika...........


About me