
N3 kali ini adalah sebuah kisah benar yang dialami oleh adik ibu di bulan Ramadan.
Sama-sama kita hayati apa disebalik kejadian dan peristiwa yang dia alami.
Aku dan Kisah Benar Ramadhan
Aku dan kisah benar di bulan Ramadhan betul berlaku.
Ia adalah salah satu kisah yang ingin aku kongsikan bersama.
Kisah ini amat menyentuh jiwa dan ia bermakna pada aku sebagai seorang insan.
Kisah bermula pada 5 Ramadhan pada tahun 2005.
Masa itu aku baru berpindah dari Kuala Lumpur ke Kelantan.
Masa tu aku bekerja di Hosp Raja Perempuan Zainab 2,
yang mana pada masa itu namanya Hosp KB.
Aku adalah sebagai MO medical.
Satu hari aku balik lambat dari kerja,
jadi terpaksalah aku berbuka di KB.
Aku berseorangan berbuka di stadium KB.
Selepas berbuka, aku hanya ingin merehatkan sedikit badan kerana kepenatan.
Masa itu aku berbaju biru.
Aku hanya bersandar dibahagian kereta aku (kereta waja) dekat parking lot sambil termenung jauh memikirkan masalah-masalah ditempat kerja.
Aduh banyaknya masalah aku.
Mungkin umur aku dah meningkat masalah pun meningkat.
Lalu aku didatangi oleh seorang yang amat 'neglated'.
Alamak orang 'gila' datang pulak.
Orang itu dalam lingkungan umur 40an hanya berkain sarung pada paras lutut,
keadaan yang amat daif, kotor, busuk, berambut panjang,berjalan kaki tanpa alas
dan betul-betul tak terurus.
Masa tu dah hampir pukul lapan.
Aku pun tak sempat solat maghrib lagi.
Lalu orang 'gila' tersebut berkata, "abg! nak duit skit".
Berkata dengan berulang-kali. "abg! nak duit lah, aku lapar ni".
Tanpa berlengah-lengah aku hulurkan RM 5.
Pastu dia berkata lagi, "Aku bukan nak RM5, aku nak RM1 jer".
Dia sambil menyanyi-nyanyi lagu ekamatra (aku memang suka lagu tu).
Aku berkata, " saya takde duit pecah bang.
Ambik lah, saya ikhlas ni".
Perasaan takut pun ada gak masa tu.
Aku dah bagi duit tapi orang 'gila' tu tak pulak beredar.
Matilah aku. Kenapa dia tak nak blah pulak ni.
Ini adalah perbualan aku dengan si gila tu:
Aku : abang ni ada sakit ker?".
Orang gila: abang ni sakit GILER. hahahahaaa ( Sambil gelak besar).
Aku : abang ni tak makan ubat ker?
orang gila : dah lama tak makan. ubat dah lama habis.
aku: ubat tu abang ambik mana?
orang gila: ambik kat spita HKB lah. bodoh punya orang. tu lagi mau tanya.
aku: abang ada anak?
orang gila :ada. 3 orang...hahahahaaa. bini sorang jer...hahahaaa
aku: abang dah sembahyang ker?
orang gila: orang gila tak sembahyang laa...
aku: dah lama ker abang tak sembahyang?
orang gila: mmmm...
aku : gini lah abang saya kene pergi dulu. Dan nak gi solat jap.
orang gila: pergilah orang muda. jap-jap. mung ni keje mana?
aku: saya kerja kat HKB lah. saya doktor.
orang gila: doktor rupanya. patut lah baik. smua doktor baik...hehe
aku: tapi saya ni doktor yang banyak masalah. (aku pun sambil tergelak sinis)
orang gila: aku takde masalah sebab aku orang gila.
aku: ok lah bang, saya nak pergi dulu. tapi saya nak pesan skit.
boleh tak abg gi hosp jiwa esok? pastu abang gi sembahyang.
kalu abang sembahyang jangan lupa berdoa supaya sihat.
pastu satu lagi, abang jangan lupa doakan saya sekali,
doakan saya dan keluarga saya sihat.
Tuhan kita akan bagi rahmat pada kita. Boleh!
orang gila: boleh...hahahaa...esok aku sembahyang...
nanti aku doa pada mung. terima kasih lah sebab bagi aku duit.
kalu ada masa nanti aku bagi balik duit ni.
aku: takpe bang saya ikhlas nak bagi tu. cuma doakan saya jer. boleh?
orang gila: boleh... Lalu orang gila itu pergi.
Aku pun beredar sama untuk menunaikan solat maghrib.
Satu tahun kemudian, kalu tak silap aku,
masa tu pertengahan bulan ramadhan pada tahun 2006.
Masa tu aku bekerja di jabatan bius HRPZII.
Aku sekali lagi tak sempat nak berbuka puasa kat rumah.
Aku hanya berkesempatan berbuka di stadium,
tempat yang sama pada tahun sebelumnya.
Selepas aku berbuka, lalu ku teringat peristiwa tahun sebelumnya,
aku berjumpa dengan orang gila. hehehe...
Aku hanya bersandar kat kereta yang sama (kereta waja),
pun aku berbaju biru.
Tak semena-mena, aku terdengar seseorang memanggil aku.
"Tuan doktor". Aku terkejut besar.
Seorang lelaki turun dari kereta Teksi yang memanggil aku.
Ini adalah perbualan kami:
seseorang: doktor ingat saya tak?
aku: sapa ni?
seseorang : sayalah...orang yang doktor bagi duit hari tu...
Aku dah mula merasa satu keganjilan.
Hati aku hanya berkata "YA ALLAH"...bulu roma aku berdiri tegak.
Aku rasa macam nak pitam jer.
Adakah orang ini lelaki gila yang aku pernah temui tahun lepas??
aku: owh ni abang yang saya jumpa kat sini tahun lepas ker?
seseorang: ye sayalah. hehee...saya dah tak gila dah ni. tuan doktor apa khabar?
aku: (aku terdiam)...
seseorang :jangan takut doktor, saya dah makan ubat dah.
sembahyang pun saya dah tak tinggal dah....hehe
aku: (terdiam lagi, sambil berkata dalam hati, biar betul semua ni berlaku)
seseorang: saya nak bagi balik duit doktor. RM 5 kan?
doktor jangan takut. semenjak saya jumpa doktor hari tu, saya balik terus sembahyang. Keesokan hari isteri saya bawak saya gi hosp.
Alhamdullillah, saya dah sembuh skit.
Sekarang ni pun saya kerja bawak teksi. cari rezeki yang halal.
Saya nak minta maaf dan nak berterima kasih banyak kat
tuan doktor sebab menyedarkan saya.
aku: (aku terduduk tanpa sedari) Ya Allah...
Lelaki itu cuba mengangkat aku lalu berkata,
"Allah ada dimana-mana, semua ni kerja Allah,
Dia menemukan kita, Dialah segalanya".
Air mata aku mula menitis.
Lalu lelaki itu memeluk aku, dan dia menghulurkan duit RM 5
yang aku berikan pada waktu ketika dulu.
Aku masih kelu tanpa kata.
Lelaki itu berkata lagi, " sabar doktor ye, saya akan selalu doakan doktor,
doktor yang merubah hidup saya dengan izin Allah,
saya banyak berterima kasih pada doktor,
Tuhan akan memberkati apa yang doktor buat,
Insya Allah. saya yakin".
Selepas peristiwa itu, sedikit sebanyak sudah merubah hidup aku.
Dan peristiwa ini akan aku ingati setiap kali datangnya Ramadhan.
Ya Allah, Ya Tuhanku, engkau yang maha Esa, engkau yang maha Pemurah.
Inilah kisah benar yang pernah berlaku dalam hidup aku,
yang tak pernah aku lupakan sepanjang hidup.
Kisah ini juga boleh kita kongsikan bersama untuk jadikan kita
seorang insan yang di rahmati oleh Nya. Amin -Dr Zek