
Sahur pertama 2011.
Menu yang simple.
Sup ayam versi Yong Tau Foo + telur dadar + sambal tempe (ayah masak) + air coklat suam.
Alhamdulillah, syukur dan gembira melihat
anak-anak makan bersama ayah dengan berselera.
Ibu, macam biasa cuma mampu meneguk segelas air suam.
Kenapa ibu tidak bersahur bersama-sama?
Nak tahu kenapa klik sini.
Aksi selepas bersahur.....
Macam biasa, kalau tak sekolah pagi-pagi Farouk dah lepak depan TV dengan Ayah.
Sekolah ibu cuti hingga Selasa tetapi 3 Farah mula bersekolah esok...
Inilah aksi budak Farouk ni.
Kalau baring mesti kena pegang tangan ayah.
Kalau tidak pun, tapak tangan ayah jadi bantal....
Bukan main syok tengok TV sambil lepak-lepak atas tapak tangan ayah.
Ayah dah selamat .............zzzzzzzzzzzzzzzzz......
Alahai, dah besar pun masih nak manja-manja.....