
Balik sekolah baru nak rehat dan santai-santai depan lappy.
Siap goreng kentang dan buat
air coffeemix.
Hari Isnin, Selasa dan Khamis
adalah hari-hari kepenatan ditahap maksimum.
Penat mendaki sambil mengira anak-anak tangga
berulang kali.....
Anggap sebagai senaman sendi-sendi lutut....
Mungkin sampai pencenlah begitu..
Tetapi tak tahulah, mungkin 5 tahun, 10 tahun
atau 15 tahun lagi dibangunan sekolah akan diberi lif percuma.....
Tunggu jelah ibu dengan angan-angan tidak berkesudahan tu.
Tiba-tiba Ayah balik awal dan ajak ibu temankan ke Muar.
Ada urusan sikit kat sana.
Alahai Ayah, kenapa tak booking ibu awal-awal.
So ibu suruh along tapau kentang goreng tadi.
Bawa bekal macam budak sekolah.
Oklah tu, cikgu sekolah bawa bekalkan.....
Angah bukan main sengeh lagi.
Tau sangat.
Dia nak booking lappy ibulah tu....
Layan jelah gambar yang disnap oleh seorang
insan yang mengantuk disebelah pemandu.....
.........zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz.........
Gambar yang tidak ada motif apa pun sebenarnya.
Melayan mata yang mengantuk nie...
Layanlah gambar Bandar Muar yang Indah!!!!!!.